clik SINI

Monday, 11 April 2016

^ tinta hati ^

assalamualaikum..

sabarlah hati. sabarlah diri. Allah itu maha mengetahui. cepat atau lambat pasti terbukti. benda hakiki nih kadang dikaburi. taknampak dengan mata sendiri. tapi boleh rasa dengan mata hati. hanya untuk orang yang punya hati suci.

Allah bagi lengkap sempurna minda akal diri pribadi. kadang kita alpa kita lupa kita terlalai, kita hanya guna untuk kepentingan pribadi, guna hanya untuk saling menyakiti. adakah ini dikatakan kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Illahi.

tepuk dada tanya iman dalam diri. tanya hati yang tertanam dalam sanubari, puas kau buat semua orang saling memusuhi. puas hati? niat yang baik ,niat yang suci hanya terletak pada hati yang tulus suci murni. ingat tu!

tiap masalah punya cara nak hadapi. punya teknik tersendiri nak selesai, bukan main hendap macam perang gerilla zaman komunis dulu ni, biar optimis berplaning sikit , maruah terletak ditangan kau sendiri.

bila berbicara sentiasa difikiri, bukan sentiasa suka nak mendabik diri ,murah dengan perhatian dan sokongan manusia sekeliling diri. ingat kau dan aku sama punya harga diri!

kadang dengan kelalaian yang dimakan oleh nafsu sendiri, boleh memakan diri, bertindak seiring dengan haluan yang kita sering pelajari, bukak hati bukak mata hati, bukan menjadi orang yang hanya menunding jari, perasan diri dikagumi.

salah orang canang sana sini. ingat tak sekali kau bukak aib orang, Allah akan bukak aib kau berkali-kali, salah sendiri hindari, salah orang kata itu ini, jomlah sama2 perbaiki diri, ingat kau dan aku tak kekal abadi. 

aku bukan manusia suci yang tagih simpati untuk disanjungi. tapi aku punya hati sanubari bukan untuk kau keji. aku manusia punya maruah dan harga diri bukan untuk caci dan perli.

aku tahu siapa aku. aku mohon biar Allah saja yang menilai diri kerdil ini. aku manusia seperti yang lain punya dosa tersendiri. punya kesalahandiri, biar aku kalah dimata manusia, tapi aku menang dalam redha Allah.insyaAllah

"nukilan peribadi buat diri"
-izzah hashim-
13/4/2016

Thursday, 10 March 2016

* aku perlukanMU *

assalamualaikum :)

nah hayati bait lirik nih. setiap ujian ada hikmah dan cerita bakal mendatang. kau sebagai manusia pegang key berharga itu. sabar. usap diri kau ,terus bangun dan percaya kau masih punya DIA.

DIA tak pernah lupa kita.okeyh dah start saat nih, pada tiap hari ini, hiasi bibir kau dengan senyuman okeyh. hati tu hati tu, mohon Allah selalu jaga untuk segala kebaikan.

Oh Tuhanku...
Dengarkan suara hatiku
Lidahku kelu tak mampu berbicara

Oh Tuhanku...
Tak terpikul segala dosaku
Ku takut Kau palingkanku
Dari pandanganMu

Aku selalu melupakanMu
Meski Kau tak pernah melupakanku
Aku perlu pengampunanMu
Dan Engkau mahu terima taubatku

Saat ku hirup udara sedalam-dalamnya
Tak terlintas untuk ku menghargainya

Saat mata terbuka dari lena
Hampir tiada ku rasa
Untuk mensyukuri tiap nikmat
Yang telah Kau pinjamkan
Malah sering aku meminta-minta

Aku selalu melupakanMu
Meski Kau tak pernah melupakanku
Aku perlu pengampunanMu
Dan Engkau mahu terima taubatku

Aku selalu melupakanMu
Meski Kau tak pernah melupakanku
Aku perlu pengampunanMu
Dan Engkau mahu terima taubatku

Kala ku tersasar Kau ingatkan
Tersungkurku Kau beri harapan
Tak pernah diri ini dipersiakan
Betapa besarnya rahmat dan kasihMu Tuhan

Aku selalu melupakanMu
Meski Kau tak pernah melupakanku
Aku perlu pengampunanMu
Dan Engkau mahu terima taubatku

Aku selalu melupakanMu
Meski Kau tak pernah melupakanku
Aku perlu pengampunanMu
Dan Engkau mahu terima taubatku
Terimalah taubatku

Ya Allah...

Friday, 26 February 2016

-tak mudah untuk bangun-

assalamualaikum :)

sabtu 27 februari 2016. tak mudah untuk bangun setelah kau jatuh.
so kita positifkan ayat, jangan terlalu mikirkan negatif, impak untuk bangun tuh akan menjadi lebih susah perih. mudahnya untuk bangun setelah kau jatuh. mudah ka? senang ka? yap! ada caranya. formula simple tenang tarik nafas ingat kau punya siapa untuk memohon pertolongan?

Allah tu sentiasa ada disisi kita. kadang kita yang sering terleka dan sering terlupa dengan nikmat yang Dia beri , kita alpa dan lupa untuk bersyukur , malukan apabila kita ditimpa musibah ditimpa ujian barulah kita ingat untuk memohon pertolongan kepadaNya. Allah ampunkan aku.

mohon petunjuk daripadaNya , mohon kekuatan daripadaNya , mohon diberi kesabaran yang tinggi daripadaNya , mohon diberikan hati yang ikhlas dan redha apabila ujian menimpa kita.

sakit jatuh tuh hanya orang yang pernah merasai tahu bagaimana rasa kan? alhamdulillah aku juga diberi kesempatan untuk merasai nikmat sakit itu. sungguh aku kata sakit aku rasai ini baru 1% mungkin banyak lagi manusia diluar sana diuji dengan ujian yang lebih hebat.

bersyukurlah selagi kau masih diberi ruang dan peluang untuk bermuhasabah dengan apa yang terjadi. Allah tu maha Adil ,Allah tu maha mengetahui ,Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

ya proses untuk bangun setelah kau jatuh tu bukan satu proses remeh bukan satu proses mudah , kaki kau lemah untuk melangkah hati kau tak kuat tapi kau harus yakin dan terus mencuba untuk bangun. cuba fikir sebab dan asbab terjadinya semua. cuba fikir dengan mata hati yang penuh dengan ketenangan. insyaAllah jawapan tuh kau bakal temui di 'dalam'.

noted untuk izzah. izzah ingat kau juga manusia. manusia biasa penuh dengan impian dan harapan. ingat sekeliling kau masih banyak manusia yang sudi membantu yang sudi mendoakan kau dalam diam. tabah hatimu wahai cahaya kemuliaan kekuatan, kekuatanku kemuliaanku. kuatlah seperti namamu. ibu dan ayahmu keluargamu sering menjadi tulang belakang untuk aku terus membina empayar didunia dan galiannya akan aku petik dan tuai disana.

izzah ingat jadilah diri kau, kau juga layak bahagia, aku juga impikan kesempurnaan inginkan yang terbaik. tapi ingat tiada manusia sempurna. tapi jadilah manusia yang terbaik dari yang baik. ingat tindakan dan usaha dari diri kau yang mampu mengubah segalanya. impian tanpa amal usaha doa tawakkal takkan menjadi ,ingat tu izzah!

izzah lapkan air matamu, mahalkan permata suci itu, usah kau mudah untuk bazirkan ia. percaya disebalik kejadian punya hikmah. izzah kau perlu kuat, kau bukan yang dulu ,kau bukan manusia lemah. kelemahan yang pernah aku alamai akan aku jadikan kekuatan untuk aku terus bangun.biiznillah.

jaga matamu, jaga hatimu, dan yakin dalam diri kau, sudah sudah untuk melihat apa kau tak mampu. Allah butakan aku untuk terus melihat sesuatu yang membuat aku jatuh kembali. membuatkan aku terus terusan membazir air mata. haha aku sensitif sangat nih. jadikanlah pengalaman pertama itu pengalaman terakhir juga bagiku. insyaAllah semua akan ok. Allah kan ada.

maaf aku tak sekuat kau sangka. cukuplah pengalaman lalu mengajar aku erti sebuah ketabahan dalam mengharungi rempah ratus dunia nih.yak! time nih pulak miming lagu kat tv tuh sedih. kulapangkan dada untuk segalanya. terima kasih dan terima kasih. jika ada arus melintang dengan izinNya kita berjumpa lagi ya. tapi untuk episod baru. siapa tahu kan.

tak mungkin jugak masa tu aku pun dah selesai menjalankan tugas sebagai hamba didunia. hehe

semua orang berhak bahagia, bahagia itu kau yang pilih sendiri. jika kau masih ditakak yang sama itu salah kau. kan 

jangan lupa ya. kunci yang paling penting untuk sesuatu kejayaan ialah solat. kan dalam azan pun menyeru haiyya ala solahh haiyya alal falah. istiqoroh ,hajat , taubat, tahajuud dan lain2 adalah jalan terbaik untuk kau temui sesuatu dihadapan kelak. kuasa Allah tiada siapa yang mampu tandingin.Allahuakhbar!

tulus ikhlas dari hati kecil seorang insan kerdil yang banyak compang campingnya , insan kerdil yang cetek ilmunya, insan kerdil yang masih jauh solehahnya muslimahnya, insan kerdil yang dahagakan redha Allah ,insan kerdil yang punya impian untuk melakukan perubahan. semua nih bermula dari diri sendiri ,tak mampu diluah melalui kata-kata hanya mampu melalui tulisan.

aku adalah aku. aku kenal siapa aku. aku mohon jangan dibandingkan diri kerdil ini ya. aku kau kamu dia kita berbeza. biar Allah saja yang menilainya ya. huhu 

Wednesday, 30 December 2015

*2015 dalam kenangan*

Assalamualaikum :)

Tudeaaa lama jugak cek menyepi nih. Adoih nak kata sibuk tak lah sangat, tapi sibuk la jugak, sibuk nak nikah kot. Hahah *ok gurau je* hai la mood kemana kau lari nih. Dulu kemain cuti sem nak mengupdate sakan la kan. Last-last cuti semester dah habis habuk pon tak dak.

Pojam colek pojam colek hai la 2015 nak melabuhkan tirai dah. Hai la umur pun bertambah tambah lah. Mati pon dekat dekat dah la. Allah. Ampunkan dosaku ya Allah jauhkanlah kami dari azabmu. Huhu aku pendosa yang ingin ke syurga *ayat kak midah dalam da'i*

2015 tahun paling banyak aku kehilangan. Huhu banyak sangat pengalaman kenangan manis pahit masam manis aku lalui. Ya2. Okeyhh aku tahu ampa pun sama kan. Kita kan manusia biasa semua tu warna warni dunia ,wajiblah kau lalui kan.

Sedih macam mana pun, gembira macam mana pun semua tu kau mesti lalui. Ya tempuh bukan terus lumpuh, bangun bukan terus mundur. Ingat kita punya Allah ! Doa senjata segalanya.

2015 mungkin tahun paling aku sedih. Nak cerita satu per satu panjang agaknya. Aku ringkaskan. Aku kehilangan tok sebelah ayah. Hurm mana sangka. *kisah kenapa bagaimana boleh lah scroll ,aku dah abadikan dalam blog nih* Aku selalu bayang yang dia dapat tengok aku ....... *tekalah pandailah nak jawab apa taw* aku kan kalau bab berangan memang win sokmo.Allah lebih sayang dia. Tok kakak rindu ramah mesra tok. Huhu *tetiba haih rasa panas kat pipi nih*

Lepas tok pergi tak lama lepastu makngah pulak pergi buat selamanya. Belum reda kesedihan kami ,kami diuji lagi. Allah ,ujian yang Allah beri kepada hambanya ,dia tahu kita mampu ! Makngah pergi akibat canser, huhu cancer pembunuh no. 1 wanita. Bertahun dia lawan penyakit itu, Allah lebih sayangkan dia. Tergiang-ngiang lagi ''kakak jangan kawin lambat taw'' huhuhu

InsyaAllah makngah sampai masanya ,kakak on lah. Tapi time tu makngah dah tak dapat tengok lagi. Huhuhu moga tok dengan makngah tenang disana dan berada dalam golongan orang-orang yang beriman. ALLAH ampunkan dosa-dosa mereka jauhkanlah dari azabmu. Terimalah amalan mereka. Amin.

Moga 2016 menjadi tahun yang lebih bermakna buat aku dan family aku dan kita semua. Moga Allah sentiasa pelihara dan lindungi. Moga aku menjadi seorang yang lebih tabah hadapi ujian dan liku dunia. Huhuhu aku insan biasa yang lemah ,tapi aku cuba dan cuba. Alhamdulillah walaupun perit berkat sabar aku temui ketenangan. Huhu oklah doakan semua kita semua sentiasa bertambah iman dan tabah dalam setiap ujian dariNya. Amin.

Saturday, 29 August 2015

*sejati hingga kemati*

assalamualaikum :)

cinta sejati ? apa tuh ? what that ? haha
cinta sejati hingga kemati. sobs.sobs.

cinta sejati itu misteri
tatkala ia hadir tanpa kau sedari
saban hari ia sering bersarang dilubuk sanubari
ohh indah saat cinta sejati itu bersemi.

cinta sejati apa yang kau maksudkan ini?
cinta yang menghubungkan kesetiaan antara insan-insan yang kau sayangi
yang kau sering sanjungi
cinta antara dua pihak yang saling berbagi

adakah cinta sejati itu kekal dihati?
adakah cinta sejati itu sering dan selamanya berbunga dihati?
tanya diri kau sendiri
jawapan itu bakal kau temui.

bayangkan cinta sejati dikhianati
bayangkan.bayangkan diminda naluri insan suci
cinta sejati tak kekal abadi
tiap insan punya kisah tersendiri.

ia hadir tanpa kau undangi
sampai satu saat ia boleh pergi tanpa sempat kau relai
usah ditangisi ujian yang diberi
teruskan langkah perjalananmu hingaa kemati.
sabarmu,pengorbananmu,usahamu itu sinar bakal kau temui.

cintakan bunga akan layu,
cintakan manusia akan mati,
cintakan ALLAH kekal selamanya,
itulah cinta ,cinta yang hakiki

cinta ALLAH cinta yang kekal abadi.

nukilan sebelum pulang ke asrama. huhuhu taksukaaaa! huhu
rindu makayah!

bukan cetak rompak punya eh. tulus luhur keluar dari hati , perasaan yang hanya aku mampu luahkan melalui penulisan. cewahh bajet sangat izzah oi. menyampah pulak ok bai *iklan alifshukri dherb*

*karang masuk kelas ustaz nahu ,kena perli pulak* sebab dia boleh baca orang huhuhu takut weyh.











Saturday, 8 August 2015

*sunat syawal*

assalamualaikum :)

dah abih belum puasa 6, haa cepat-cepat kalau yang masih tinggal sisa-sisa tuh. rajinkanlah nah.bukan apa syawal pun dah nak melabuhkan tirai dah nih. huhu

alhamdulillah aku sempat la puasa sunat diperantauan bersama rakan taulan tanpa family tersayang disisi ,hahaha *ketuk kepala sikit* ayoooo jauh la sangat kan perantauan aku tuh.

semangat la sikit bila puasa sama-sama kan, masak sama-sama, makan sama-sama, mandi sama-sama *ehhh lawak ja taw* nih maybe last kot bersama geng seroja ,ya lahh semester pun tinggai hujung-hujung pakal ja lagi. whuaaaa!

ok lah , jom layan juadah kami. kot la kan boleh jadikan menu , mana nak taw kan kot kering idea nak masak apa kan. haa nah robek la benda alah nih, semua sedap.

yang penting ok! yang penting masak ikhlas dari hati, baru masakan sedap, baru suami sayang cek oii. *petuaa tips memikat hati pemakan* huahuahua.





Friday, 31 July 2015

*beraya terakhir diKUIN*

assalamualaikum:)

hehe terasa lama sangat mood nak menaip nih hilang, hilang entah kemana, tanpa jejak dapat kucari *ehh udah suka benau hiper budak nih*. haih semangat aku nih naik turun naik turun betul ,nak konsisten susah sangat so takpa aku menulis bila aku rajin,okeyh? hahaha

29.7.2015 - beraya di kuin la pulak setelah seminggu berhoreyyy di rumah *tak puas ok* haha biasalah aku bab bercuti holiday ijazah nih aku memang tamak, tamak sangat suka nak lebih had waktu yang ditetapkan. biasalah sebab aku paling anti nak balik asrama. huhu

ok, pakaian raya geng seroja bertemakan pink greenmint ,hahaha ha tudeaaa nampak tak kesengalan kami tu, eh mana da cuma kami sukakan kelainan ,biasalah geng nasyid nih, bila mak jemah seroja buat hal. kekeke handuh saja ,dah la berjubah .ok aku cuba!

malu tuh malu la oi, ok takpa tebalkan muka buat muka tak bersalah plus slumbe jer. eleh bukan pelik pon menepati syariat pa. so takyah nak janggal sangat keep cool keep calm. jom beraya ,makan free lah kan, orang dalam lingkungan terawal nih serbu dewan!

ucapan. bla bla bla hurmm komen ermm boleh la. sebab otak pikir nak makan ja, hehe sori aku dan makanan bagaikan pinang dibelah dua, tak pernah pun nak sakitkan hati *time tak sedap tu sentap jugak lah* haha over!

panjang weyhhhhhhhhhhhhhhh nak ambik makanan ,stress betul . dengan hati yang hambar pudar sakit hati, balik rumah geng seroja masak, sodap lagi tuh. huh oklah tu ja takpa kita sodakahkan kepada orang lain kan. bulan syawal ni takmaw marah2 ,keep cool keep calm nah.

 muaahh ok bye!




Saturday, 27 June 2015

terpaksa,dipaksa,memaksa

assalamualaikum;)

hehe tajuk benda alah apa lah izzah oi, nak tulis nih faedah ka tidak nih.boleh la.boleh la. dari kata dasar paksa ,kemudian kita letakkan imbuhan makna berbeza kan. ha tudea nampak dak bila cikgu fake bahasa melayu tulis. hurmmm

pertama sekali aku nak nangis sebab seperti bisa aku amat alah benda yang dinamakan kena balik asrama ,rumah sewa dan seangkatan. huhuhuhu aku penat kadang motivasi diri nih supaya kuat. boleh la berkesan la walaupun aku sering tewas dengan permata berlian aku nih.

tepuk pipi. bukan anak manja , tapi memang stail camtu kot.huhu takdak penawar dah nak ubat. kalau bagi ubat pun ala-ala macam ubat tahan sakit. bila makan hilang pastu angin ribut taufan serang balik.sabarlah wahai diri ingat perjuangan kau sebagai pelajar belum selesai amanah mak ayah kau belum ke titik akhir. yak! 2sem lagi ! niat semuanya kerana Allah.

lepas tu ujian lain pulak kau harus harungi, kau kuat kan. teruskan langkah mu izzah, teruskan walupun duri sembilu menusuk disetiap langkah mu. hehe adoih madah pulak aku nih. cukup-cukup. sebelum melangkah keluar aku doakan ,aku dan sahabat seperjungan sama-sama meraih senyuman kepuasan.ya. kejayaan bersama lebih manis. huhu insyaAllah apa pun semuanya dengan izin Allah.

perkara kedua aku nak nangis sebab aku terpaksa, dipaksa dan memaksa. haha seget. sebab aku pemalas jadi huraian cikgu tak kasi ye. awak carilah sendiri ok. apa punya entry kali nih kelaut sangat. takpa aku menulis untuk aku, kalau ada terselit hikmah ambiklah, yang patut baling kelaut tinggalkan ye. hehe

aku kau kamu awak kalian mereka ,kata ganti diri pulak izzah oi ,haha ya semua tu berhak memilih bahagia tersendiri, pilih kebahagiaan ,mulakan kearah sepatutnya, jangan mudah mengalah sebab siapa lagi kalau bukan diri kau yang bantu diri sendiri. pikirlah, haha ya mudah dibibir bila berbicara untuk melakukan perlu seiring kekuatan ! yakin kau boleh.

jangan mudah percaya, jangan mudah berharap , sebab orang lain belum tentu mahu seiring denganmu. kita yang pilih untuk bahagia, maka bahagiakan dirimu.usap hatimu kentalkan dia, ajarkan dia erti sabar,didik dengan penuh berhikmah, insyaAllah kau akan temui sesuatu.

hahaha alamak apasai skema sangat nih oi. oklah sorry aku suka berfikir,andai salah itu idea dan pendapat aku.hehehe mungkin kita lain.maaf kalau ada yang membenci insan kerdil ini,maaf andai tersalah,maaf segalanya, kita berbeza kau dengan cara kau ,aku dengan cara aku, kesempurnaan hanya mudah apabila saling melengkapi bersama tapi susah untuk dimiliki sendiri. selamat puasa! peace ✌✌

Friday, 12 June 2015

kau tiada lagi

selamat pagi :)

mulakan hari dengan senyuman pilihlah untuk terus kearah positif ,kesedihan hanya warna dalam kehidupan dan bukan untuk ditangisi berterusan .

tapi harini tiada lagi bunyian dari 'dia' , teriakan lapar melalui 'dia' ........ *aku takleh nak sambung tetiba banyak pulak air suam2 turun kat pipi nih huhuhu maaf aku sensitif sikit kalau bab berkenaan perasaan. huhuhu

maafkan tuanmu kalau selama ini menjagamu tidak begitu sempurna ,itu saja yang kami mampu. pergilah pergilah kau kepada sang pencipta ,berehatlah kau,kau dah pun tenang disana.
sesungguhnya kau hanya pinjaman kami, pembawa rezeki dalam rumah ni.tiada lagi kedua hanya kau terakhir, sebab aku percaya tiada lagi yang sebaik kau.

ini kisah pendek 'bear' si kucing putih bermata biru. huhu
-12.6.2015-

Tuesday, 2 June 2015

*part 2 : pulangnya dia menghadap Illahi*

assalamualaikum..

sambung..

lepas beberapa hari aku pulang untuk menjenguk keadaan tok, aku pulang kembali ke KUIN untuk meneruskan peperiksaan aku yang masih berbaki ,yap! perjuangan harus diteruskan. kakak mampu doakan tok dari jauh ja. huhuhu rindu tok. rindu ramah tok. sabar.sabar.

sebenarnya selepas beberapa hari aku balik, mak aku bagitahu yang tok penat terok ,ada satu malam Allah nampak macam dah nazak sangat dan waktu tu semua anak beranak dah pulang ,aku yang terpinga2 tak tahu apa. mak aku tak kol sebab dia takut ganggu aku. huhuhu Allah lebih mengetahui segalanya Dia sebaik2 perancang.Allah masih panjangkan umurnya.

selepas habis paper exam ,aku tak terus balik sebab nak cuti sem kan. kemas lah dulu apa yang patut ,esok tu naik bas baru balik. perasaan tu nak kata best tu ttak la sangat sebab macam2 perasaan menjelma kat minda nih. nasib baik kali nih aleya temankan. hehe

sampai alor star aku tak terus ke hospital, sebab bukan time melawat kan. so adik aku ambik dan balik petang baru pergi hospital. huhuhu sampai hospital petang tu , Allahhhh tak tahu nak cakap macam mana tok nampak teruk sangat. tak macam beberapa hari yang lalu sebelum aku pulang. tiada lagi pergerakan dari anggotanya. tiada lagi celik matanya.

huhuhu kesempatan yang ada ,aku ambikkan yassin dan bacakan kat tok. moga tok terus kuat moga permudahkan urusan tok. sempat dua kali aku ulang. banyak anak cucu saudara mara yang datang. time melawat pun dah abih .ha mula doktor panggil suruh keluar. time nih biasalah ,time drama. huhuhu

sebelum keluar aku sempat peluk cium tok dan bisikkan kalimah Allah ditelinga tok. badan tok pon dah terasa sejuk dia tu. time tunggu giliran nak solat magrib, tetiba mak njang aku jerit panggil semua. tengok tok. aku lari lah nak masuk. haishhh penjaga tak bagi masuk. mak aku dah terlepas masuk.

time tu aku dah rasa lain.lain sangat. ya betul tekaan aku. tok aku telah tiada .tiada lagi untuk selamanya. Allah .aku puas walau aku tak dapat bak jumpak time penghujung itu. tapi syukur aku dapat jumpa ,rasa macam tok tunggu kepulangan cucu sulungnya nih sebelum dia pergi kepada penciptanya.hari aku pulang ,hari itulah juga tok pulang buat selamanya. huhuhu

malam tu , aku temankan tok ,aku puas ,puas sangat dapat mengalunkan dan memsedekahkan ayat suci Alquran, itu saja yang kakak mampu buat tok , tapi aku hanya bertemankan jasadnya semata2 , hanya jasad yang terbujur kaku ,tiada lagi suaranya, tiada la gelak tawanya, huhuhu...

dari Dia kita datang kepada Dia jua kita kembali. semuanya selamat. tok dah selamat pergi kita yang masih hidup nih. tak tahu lagi pengakhiran kita macam mana. allah. semoga tok berada dalam kalangan orang yang solehah terima amalannya dan jauhkan dia dari azabmu. aminnn. pergilah tok dengan tenang. tok siti aminah @ lian bt md isa. 9.5.2015 huhuhu

al fatihah........