clik SINI

Tuesday, 2 July 2013

ingat!! ^^

assalamualaikum:) just nak kuatkan nak tambah ubat dalam diri supaya jadi lebih kuat dan sentiasa muhasabah diri ..hehe

reminder stays as reminder. it doesn't need us to be perfect .it doesn't need us to be mad. when ALLAH let us still alive, that means we can never stop Remind each other..senyum walau apa pon terjadi. lain manusia ,lain perangai ..may ALLAH bless us..amin:)

when you are joking around of something good you are the one who's having a problem. Muhasabah, may ALLAH awaken our heart for any single bad thing came in our heart ang thought..insyALLAH...bila letak Allah paling atas ,ALLAH jaga kita sampai bila-bila..

better not to promise things yourself cannot control, promise what you can try which is you will do your best. better not to ask ALLAH for only one exact thing, ask ALLAH for the best, as He is the only one who knows the most, what is reply the very best for us,,:)

never ask ALLAH to get what other people have ,ask ALLAH the best for us, because only He knows what we really need to make us a better person, remember ,different people will always have different test and happiness strive to be the best and ALLAH will settle the rest..Kita usaha ALLAH tentukan, kita doa ALLAH tentukan,,apa yang kita lakukan semuanya ALLAH yang tentukan:)

good things come to those who are patient ,grateful for every single time. always have positive thought toward ALLAH and things happened.remember ,happiness is not about luck ,it's a choice ,our choice.:) ..can't expect ALLAH to give us a help if we don't put any effort to make our life become better...

when we feel our day is not okeyh, do something good to other people, give more, smile more, spread love.

only ALLAH knows the pain, the tears of someone, so when you see someone has something good, it's not about lucky, we will never know what someone had been through to get what they have today because ALLAH knows the best, There's always A hikmah ,always behind everything :)


c&p:) *thanks sudi share kata2 yang sngat bermakna ni:)*


Monday, 1 July 2013

:: seharian bersama ::

hehe Assalamualaikum:) 

tiba2 ada mesej masuk phone*ringtone one man by kim jong kook,eh??*peminiat setia kan..
rupanya sahabat rapat ,sahabat yang plg aku sayang ,dia nak datang rumah..yeay!! mai2 la dialu2kan sangat..sangat bersemangat sekali aku waktu tu..hehe:)*macam cerpen la puloks*

aku bangga dengan dia, alhamdullilah aku diberi salah seorang sahabat seperti dia..ngee~ yang penting semua sahabat aku adalah sahabat baik dan sahabat yang banyak memberi dorongan kearah yang lebih baik, dan apabila dipandang wajahnya membawa mengingati ALLAH,mendengar kata2nya akan menambahkan ilmu ,berkawan dengannya sama2 berjuang ke jalan ALLAH ,insya Allah:).ya semua orang tak sempurna ,tetapi semua ingin dan terus berusaha menjadi lebih sempurna kan..:)

haha, aku dan dia di negara yang berbeda*indon pulak* sekarang dia sambung study nun jauh disana oversea gtuh ,Mesir amik Medik *M.M* dan insyaALLAH bakal doctor ni ,nanti boleh la bodek2 sikit kan2 Nadia Izati hehe:) tahniah dengan usaha dan kejayaan ag taw,:) nanti bawak balik kat aku kawan ipaq orang mesir taw..hihihi 

hehe,sampai juga dia rumah aku bagi plan sikit2 je tapi selamat sampai juga,don't wori senang je peta plan rumah aku:)haha eh?? ha pagi tuh kami sarapan sama2:) hehew dia bawa buah tangan emm tapi lupa lah nama apa kuih apa tuh dalam dia da jagung..tapi sedapp:) pandai masak..haha aku tak buat apa sangat apapon goreng nasi jew..hihi *sory kalau tak sodap*

thank nad:) kasi aku keychain ni..

kalau bagi kami menyembang seminggu tak abih2 lagi,hiperbola sangat x??hehe macam2 dia cerita pengalaman yang tak pernah aku rasa, wah bertuah sangat kan..ya la ,kat sana berbeza sangat2 dengan Malaysia kan..:) lepas makan kami menyembang lagi..em tak puas lagi nak dengar cerita,haha kalau suruh aku cerita alamatnya tunggang tebaik la.,*saya budak tak suka bercerita,hanya budak pendengar cerita yang setia* coishh:)

emm tengahhari,hehe malu aku nak cerita,aku masak sayur jew *mood malu xpandai masak* hehe nasib baik mak aku jadi penyelamat ,dia belikan tomyam:) tak la boring sangat..aku rasa ,aku keja bagi makan ja kan nad?haha pikir2 balik cam lawak la pulak*haha aku gelak sorang2 sambil tulis cerita ni* ha..aku ada ja lesen moto dengan kereta plak tu, tapi masih penakut tak abih2 bukan takot tapi aku tak yakin.ye la tuh eh..kesian nad ,tidak boleh la aku bawak dia ronda2 keliling "bandar" :) tak pa, sekali lagi dia mai ,aku boleh da bawak ronda2..ya ka??errr...xtaw3

apa lagi time tu masing2 masih lagi gila RM??apakah itu?? Running Man lah..haha aku bukak laptop ha ,layan dua2 orang..tapi dan satu episod je lah..nak kuaq tak boleh terperap la dua oang dalam rumah..ngee sori nad:) pendekkan cerita, petang tu aku plak p umah dia,hantar dia balik...hurrmmmm bila lagi nak duduk seharian ?mai lagi taw.nanti kalau aku cuti2 dan ag pon balik ,aku pulak nak g umah ag boleh???heheheh:P



^^ S.A ^^

alhamdullilah dah bulan julai da..1.7.2013:) semoga bulan ni dan bulan2 yg akan datang atau sebelumnya dilimpahi barakah..amin:)

hehe..wow whatz the meaning of the tajuk tu..??? maap grammer bi tunggang-terbalik skit..hehew..:)

assalamualaikum..hari ini macam takdak keja yang harus diselesaikan..coz suma dah complete time bangun2 awai pagi tadi..coishh..awalkah???hehe opkoss lew.. nak belajarkan diri ini sentiasa bangun awal..kalau2 terlajak2 tu besa la kan..paham2 je loh...

Back to tajuk yang nak share..tetiba ja time tengah2 tonton tv..cehh tonton tu..maksud tengok tv la in bahasa kedah ,teringat puloks time kurun zaman ''2010'' hehe.. tahun ni form 5 ,nak SPM gtuhh...gerun dengaq ,to adik2 yang nak amek SPM wish gud luck eh..:)senang ja kalau korang2 baca buku..coish sekali lg korang pulak..haha ingat pepatah dimana ada kemahuan di situ ada...pastinya jalannya .paling penting! banyakkan doa jangan main lagi dah..focus2 :)

ok terlalut panjang pulak, ok hurmmm S.A pa tuh ??? Sangat Anggun?? Salah Apa?? not2 suma tu bukan lah..''S'' is stand untuk Secret ,ada secret2 pulak opkos la hobi aku kot tak dak lah kalau rasa nak ceta ,ceta ja kat orang..tapi kalau nak simpan rahsia apa2 meh sini ,orang ni setia penyimpan rahsia ,kalau nak luahkan apa2 sila ja..pendengar yang setia juga.apa yang boleh dan mampu kasi nasihat kita share la sama2 diri ini pon tak la sempurna kan:)pasan puloks..haha and ''A'' untuk Admire .eh ??dah la tahun ni nak SPM *2010* men ada secret admire gtuh.haha bak kata diri time tu yang ntah apa2 bila difikir balik utk nak bagi semangat la konon..hurm mengarot betoi..hehe

ya la tak barapa matang lagi kot fikiran time tu..eh sekarang da matang ka??haha tak taw tepuk dada tanya selera ya tak? suma kawan2 rapat taw aku ada S.A tapi hehe aku tak pernah kasi taw sapa gerangan si dia..sampai saat sekarang pon suma tak pernah taw..:)


"aku selalu kata..nak taw WHO S.A aku, tunggu la dengan sapa aku kawin nanti..hehe mood galak la pulak..:) biarlah yang lepas sudah..mulakan perjalanan yang baru:)haha saja ja tuh ntah apa2 pulak bila pikir balik..ha bawu ingat "S.A" tu kawan aku yang gelarkan maklum saja la kan time sembang borak2 kosong tut2! Tiba2 pulak idea mai, Hehe,,rasanya banyak lagi kalau nak ceta A-Z,tapi ni seringkas2 lah kalau nak taw banyak lagi tuggu time2 rajen.,tapi buku "diari" time zaman persekolahan hilang…whuaa.,stop xpa..now i have new diary.:)

 "Suma ceta tu dah lama tak da kena mengena yg hidup @ yang sudah meninggal dunia..hehe just memori mengarot yang penah aku lalui" :)


Friday, 28 June 2013

:: roti john?hurm ::

Hehe,.assalamualaikum ,emm hari ni tiba2 tangan ni rajin pUlak nak menaip..

Hurm..roti john?? Tak dak apa sangat yang nak dikongsikan just nak share *eh sama ja tuh maksud*hehe ok cara nak buat roti yang paling senang, mudah dan cepat dan paling penting sodap..*barapa banyak paling disitu*:) bahan2 dia pon tak la susah nak dapat..simple tapi meletop gtuh..:p walaupon banyak yang dah tahu ,saja nak share jugak:)

Resepi ni pon bukan terer2 nak reka sendiri..ala2 resepi turun temurun saja..sepupu yang ajar and dia pon belajar dari bos iaitu maksu kami la:) hehe yang best nya my lovely father suka sangat2 ,maklom ja kan air tangan anak sulung gtuh..*ada orang bangga disitu* .Haha


Nak dijadikan cerita, asal nak pergi jalan2 mana2, wajib buat roti john punya la suka kan. Orang ni la jadi mangsa ,oke no hal je asal barang complete ,siap!

Eh panjang pulok ceritanya..ok senang ja sediakan bahan2 :)


1. Bawang putih (3 bijik jew)
2. Lada hitam
3. Rempah kari daging @ ayam 
4. Bawang besar (1 dah cukup)
5. Kentang 
6. Kubis
7. Paling pentang daging @ ayam hancur.


Oke beres suma tu:)

1. Panaskan minyak, pastu tumis bawang putih n lada hitam(eh jgan lupa tumbuk2 dlu tw) ,pastu masukkan b.besar yang dicincang dadu..:)
2. Ha dah wangi2 aroma dy, masukkan air ,rempah agak dah mendidih *eh ayat * paham2 je la eh:) masukkan kentang yg dipotong dadu cute2..
3. Paling penting masukkan daging@ayam hancur..garam jgan lupa secukup rasa.tuggu agak dah cam masak..siap! Boleh mkan*ni bawu inti*

::amek inti td,gaul dgn telur pastu letak dalam kuali ka apa yg leper2 gtuh pastu amek roti letak ats dia::


Dah masak angat n siap!! Hurm nak sedap lagi potong kubis comel2 masukan dlm roti…
Nak lagi meletop picit banyak2 sos cili dgn mayonis ats inti td…gerenti puas makan…tak cukup buat lg…:) kalau kreatif lagi nak tambah pa lagi pon boleh..:) 

peace...heheh Selamat cuba tw:)

Wednesday, 26 June 2013

* my part time patner *

assalamualaikum :) hehe

bila petang-petang menjelma ,mulalah aku nak wat something yang tak boring gtuhh ?satgi bukan boleh sangat tup2.~!! kepala ni mula la nk lentok2 cari bantal kesayangan , paham2 ja la? time sleep di ''malam'' hari .

bila cuti sem bermula.. eh tapi dah penghujung2 cuti sem dah ni, rasa macam bawu kemarin bawu abih final exam , hehe hiperbola la polak. tak lama dah nak continue balik study .,next sem dah masuk 3 ?but lambat lagi nak abihkan degree ,huhu:(  perjalanan harus diteruskan .:) do the best untuk sem baru taw!

hati ini terdetik nak buat 'diary online' cewah berbahasa la pulak. lepas SPM nak tunggu result lambat lagi , so berenjoy2 la kat rumah ni dulu..ha time ni la macam-macam agenda muncul .:) nak buat yang nu la , nak buat yang ni la, pertama create TWITTER account dulu maklom la agak ketiggalan zaman. ya la asyik FACEBOOK jew .nak la benda baru pulak.. tut2 rasa nak buat blog .hurmm pikir punya pikir *macam susah sangat nak buat* hehe tada ~ siap dah buat ,then ha sudah macam mana nak guna pulak ni ? buka serabut la pulak cik blog ni..ok ~! hanyalah hangat-hangat tahi ayam ..

beberapa tahun dah abih foundation , lepas tu sambung degree ha! sambung cerita , awal cuti sem 2 baru2 ni terasa la sangat2 untuk memcreate blog :) hehe ingat nak guna yang lama ja lah..aduh pasward lupa la puloks..huhu apa lagi new la ..ha time ni dah takda istilah hangat2 tahi ayam lagi.proses punya proses sebab time ni dah terlalu obses sangat .


Tada ! finally ,huh penat lelah jugak la nak buat benda alah ni..my prinsip kalau nak sesuatu benda tuh cepat2 usaha dan buat.yes! well done..dah tercipta blog yang tak seberapa ni.hehe ini lah salah satunya rakan part time aku, dulu tulis dalam kertas ja. now nak jugak la merasa taip2 konon. baru aku rasa kadang2 tulis ni ada aura dia tersendiri , ada feel gtuh huh ,stop sini dulu lah mood dah stop hehe ok .:)


Monday, 24 June 2013

^ i really3 rindu kamu sahabatku ^

Assalamualaikum....hehe nak kawan boleh?? 
*ayat2 yang sering tergiang2 di minda teringat zaman2 bermulanya persekolahan apabila perkenalan bermula antara kita:)...::( love u my friends ...*
''ALL MY FRIENDS ... MY BEST FRIENDS''
^^sahabat selamanya^^

..sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepadaku..bukan orang yang hanya membenarkan kata2ku..

..friend is a collection of hearts..ready to give..share n understand..it never fades and never ends..it only reminds us life is not perfect without a friend..

..don't walk in front of me..i maay not follow..don't walk behind me..i may not lead..just walk beside me and be my friend..

..sahabat jika dirasakan permata nilam itu indah ..inikan pula ukhuwah yang terjalin sesama insan..

''when i need ..when i am sad..when i am happy..you always give your hand..give your hug..you are my best friend..''

^^ingat !!~~

carilah sahabat..yang bilamana kita lihat wajahnya teringat kita akan ALLAH..

apabila kita mendengar perbualannya iman kita akan bertambah..

apabila mendampinginya hati kita akan tenang..itulah tanda seorang sahabat sejati..

sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi..mungkin dia akan memberikannya kepadamu..atau kamu membeli daripadanya..atau kamu akan mndapat aroma haruman darinya..

^^berhati2lah ..~

sahabt yang tidak baik diumpama seperti peniup dapur tukang besi..mungkin dia akan membakar pakaianmu..atau dia akan memberi bau busuk darinya..

^^be strong~

selemah-lemah manusia ialah orang tidak dapat mencari sahabat..dan orang yang lbih lemah dari itu ialah orang yang mempunyai sahabat tetapi dia mensia-siakannnya..

UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA..the most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart..


=ya ALLAH ..aku mencintai sahabtku segenap jiwaku..sahabat yg baik adalah yg seiring denganku..dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan matiku..ya ALLAH sahabt aku buah atiku..mesra kami penawar duka..rindu kami menambah cinta,,rajuk kami membuah ceria..amin=


Sunday, 23 June 2013

:: Siapa Muslim? ::

'' aku muslim ''

satu ikrar yang kita akan bawa di hadapan ALLAH pada hari pengadilan kelak..Namun apa yang membuatkan kita muslim? jawapan baginya harus jelas..Kita Muslim kerana kita mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu ialah pesuruh -Nya..

^xckup pengakuan di lidah ,,ia harus seiring dengan keyakinan kita dalam hati dan membuktikan menerusi amalan zahir..


Ingat !! perkataan Muslim atau Islam jangan dibiarkan setakat satu label yang tidak bermakna pada kad pengenalan..Jadikan Islam sebagai identiti diri yang kita banggakan ..setiap kali sebelum tdur ,,rajin2lah bersoal jawab dengan diri sendiri..Tanya hati secara jujur.. :)

''adakah hari ini amalan aku bertambah baik? ''

 '' adakah aku berkelakuan layak sebagai Muslim yang Mukmin? ''

'' adakah aku membuat perkara yg telah mencemarkan islamku? ''

'' adakah ALLAH suka hamba seperti aku? ''

kejutkanlah hati kita yang sedang terlena itu !!~~

orang yang benar-benar mengiginkan ikrarnya sebagai ikrar yang berkualiti pasti dibantu ALLAH..asal ada kemahuan pasti ada jalan..

jom sama2 kita perbaiki diri kita..insyaALLAH.. :)

T.B : aku muslim..


Wednesday, 19 June 2013

^ciptaan hebat,matlamatnya pasti hebat^

Manusia tidak tercipta secara sendiri..tiba-tiba berada dalam rahim..tiba-tiba lahir di muka bumi..manusia tidak dicipta secara tiba-tiba.Manusia dicipta oleh ALLAH Yang Maha Pencipta..

Allah mencipta manusia bukan kerana ALLAH memerlukan manusia .Dia mencipta manusia supaya manusia dapat memakmurkan bumi ini sambil mengenali dan mengagumi segala ciptaan yang ada.Hasilnya,manusia yang berakal dan sedar akan keagungan ciptaan -Nya dengan rasa rendah diri dan penuh kerelaan akan beribadah kepada-Nya..
'' manusia dibekalkan naluri,nafsu dan akal adalah untuk memilih dan menilai''
Apa sahaja perbuatan dan amalan yang kita lakukan @ kita niatkan kerana ALLAH dikira ibadah,selagi mana amalan itu tidak termasuk dalam perkara yang haram.Ibadah manusia itu bukan untuk kepentingan ALLAH ,jesteru sebaliknya.Ibadah adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri..


ALLAH menganugerahkan kemahiran dan kebolehan memilih dan menilai kerana manusia diamanahkan untuk menlaksanakan satu misi besar iaitu memakmurkan bumi ALLAH..

''inilah yang disebut -sebut bahawa manusia adalah khalifah di bumi ALLAH''

^^renungan kita bersama : Aku Muslim~

Wednesday, 12 June 2013

^ teori konspirasi Rothschild yahudi kepercayaan dajjal^


* ternampak buku ni atas meja study my adik.. tiba2 rasa terlintas untuk baca buku ni.. apa yang menarik sgt sampai adik aku kumpul buku2 ni..apa yang diceritakan dalam buku ini sgt menakutkan..ow sekarang bawu aku taw ,merupakan suatu yang tak pernah fikir ..*



'' buku teori konspirasi ini membawa wacana perkaitan sebuah dinasti keluarga paling bahaya dalam dunia sekarang.Rothschild dari permulaan hidup yang sederhana menjadi keluarga  jutawan paling kaya dan terpengaruh seluruh dunia dan memberi tekanan kepada setiap pemimpin berkuasa dunia.hal ini tidak saja terikat dengan wang dan kuasa keluarga berkuasa tetapi iaturut mengaitkan perjanjian yang lebih purba dari tawarikh iaitu Dajjal Laknatullah sendiri.ia bermula tentang seorang lelaki yahudi dari suku Ashkenazi yang mna seluruh keturunannya menguasai dunia sehingga sekarang dari sisi belakang tabir dengan pengaruh dan kekayaan yang luar biasa selama 200 tahun.''

 
Rothschild adalah nama dalam bahasa jerman dan terdiri dari gabungan dua perkataan iaitu Roth dan Schild.Menurut kamus jerman ,Roth bermaksud rambut merah,atau nama gelaran bagi individu lelaki berbangsa yahudi suku Askenazi yg mempunyai rambut merah.manakala dalam kepercayaan  klasik eropah ,Roth adalah gelaran kepada kanak2 hasil sumbang mahram.dalam hujah buku ini, mereka mengambil hujah bahawa Roth bermaksud 'anak sumbang mahram'.

Schild adalah ungkapan dalam kamus jerman yg mmembawa maksud seorang yang hebat yang tinggal dalam sebuah rumah dan orang itu mempunyai tanda2 ketokohan yg tiada tolak bandingnya.jika dteliti pada bunyi ungkapan Schild , bunyinya hampir sama dengan Sayyad atau Said.

Dalam menterjemahkan teori ini ,mereka mengambil hipotesis bahawa maksud nama Schild sebenar merujuk kepada Dajjal yang tinggal dlm sebuah biara yang mana dirinya djumpainya oleh Tamim Ad-Dhari seperti mana yang dikhabarkan dalam hahith riwayat Imam Muslim.

Maka berdasarkan ketetapan takrifan tersebut mereka menyimpulkan bahawa  nama Rothschild sebenarnya bermaksud 'Dajjal si anak haram yang berambut merah yang tinggal dalam sebuah tempat perlindungan' 
 
ok...jommmm terus baca:)



! : Pesanan RASULULLAH Buat Muslimah : !

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah"-Riwayat Muslim
Wanita solehah adalah yang mencurahkan keimanan kepada ALLAH dan Rasul-Nya sepenuh hati.perasaan keimanan itu menyeluruhi ruang hidup sehingga meletakkan ia dalam ruang ketakwaan.


Pesanan Rasulullah kepada yang bernama wanita..:~
  • menjadikan ALLAH dan Rasul sebagai keutamaan.
  • mentaati suami dengan mengasihinya dengan segenap perasaan.
  • menjadikan gerak kerja membawa islam sebagai resepi kejayaan sesebuah masyarakat.
dan banyak lagi....


~usah menjadi Khadijah andai tidak sesempurnanya..~

~usah menjadi Rabiatul Adawiyah andai tidak setia dalam sengsara..~

~usah menjadi sekuat Sarah andai tidak seteguh dirinya..~

~usah menjadi Zulaikha andai kasih tidak setulus hatinya..~

~jadilah dirimu sendiri kerana engkaulah wanita terhebat ciptaan ILLAHI..insyaALLAH..:)