clik SINI

Wednesday, 27 May 2015

- jalan -


assalamualaikum :)


setiap kisah punya jalan penceritaan yang tersendiri,
samada jalan cerita itu lurus, berliku, sempit atau beribu batu jauhnya,
apa yang penting bagaimana kita harungi jalan yang bermacam jenis itu,
tabahkah kita? sabarkah kita? redhakah kita?

persoalan demi persoalan akan bertandang dilubuk sanubari kita,
ya kita manusia biasa ,
untuk capai yang luar biasa itu bukan mudah, 
berduri-duri perit harus kita harungi,

sakit?
sakit itu biasa ,yang beza kita antara manusia bagaimana sakit itu berlaku,
itu lumrah kehidupan,
jatuh tersungkur perlu bangun,
gagal perlu ada usaha untuk berjaya,
yang penting jangan mengalah,

jalan yang bagaimana kau pilih untuk corakkan kehidupan kau?
dunia penuh warna warni,
dari mata kasar cantiknya, indahnya kehidupan itu,
hakikat mereka sedang sembunyikan sesuatu,

sesuatu yang tak jelas dipandang orang, 
dia sendiri yang paham apa maksud itu,
kadang dia juga keliru,
maka pilihlah jalan yang sesuai dan seiring dengan apa yang kau kehendaki,

yang penting jangan mudah mengalah,
ingat kau punya Allah yang berkuasa,
doa doa dan doa itu pengubat kau,
itu juga jalan kepada jawapan yang kau cari selama ini,
jalan itu yang lebih diredhai,
moga hidup kau akan terus diberkati.

by:izzah hashim

 ......tenanglah wahai hati kecil.....


Monday, 11 May 2015

*pulangnya dia menghadap Illahi*

assalamualaikum semua :)

cuti sem aku dah bermula. dah lama tunggu nak cuti. yelah hobi aku memang bercuti. alhamdulillah aku jugak selamat meredah exam final yang sangat menguji. result ? nanti lah ye kita bincangkan , sekarang doa terbaik sebab usaha dah , jawab pun dah , tawakkal banyak2.

tapi pembukaan cuti sem aku kali nih lain sangat. pengalaman paling aku tak dapat lupakan. permulaan percutiaan semester 6 yang sangat memeritkan untuk terima. tabahkan hati kami sekeluarga.

sebelum tu 30.5.2015 , aku kawan2 geng seroja memang dah excited gila nak rest sat , sebab exam gap yang sangat panjang. so kami rancang nak pergi pantai merdeka. nak layan fast furious 7 lah ,makan sedunia lah. ya lah kita mampu rancang sebaliknya  , Allah yang mengetahui. huhu baju? siap iron semua lah. *tengah semangat membuak2 kan*

malam tu mak aku kol, tak terpikir apa pun sebab sebelum nih mak aku jarang kol, melainkan anaknya yang sangat mithali inilah yang kol dulu. ok. *tersekesema* bahasa melayu mana aku cedok nih. pokoknya camtulah hehe

mak bagitahu yang tok aku sakit. sakit tu takpalah memang selalu jugak tok sakit. kot demam biasalah kan. pastu kes kali ini tidak. mak kata tok jatuh time nak tukar kain , pastu sempat la panggilkan tokwan , dia sempat gitahu kata jatuh dan kepala kena dinding, lepas tu dah tak sedar. allah...

mak kata tok dah teruk , balik lah. doktor pon kata kalau dia sedar kehidupan dia dah takmacam dulu. sebab dia strok , darah dia daik 200 apa ntah. huhu tinggi sangat. ya esok tu aku balik. makanya aku batalkan percutiaan bersama kawan2. tu lah suka ria kita rancang , sebaliknya berlaku. nasib kak ton temankan balik. hehe sebab aku bukan takut tapi kurang keyakinan la nak balik naik bas turun bas sorang2. huhu

pagi tu jugak aku balik. sampai alor star , adik aku ambikkan dan terus ke hospital sultanah bahiyah. dalam otak bayang macam2 dah. doa sepanjang jalan moga semuanya ok. time sampai tu tok masih dizon merah. ayah pesan baca yassin kat tok , baca tajwid leklok. moga tok dipermudahkan mana patut. aku nangis tak? luar tak dalam tu tak payah cakap la. aku tahan untuk tidak menitiskan walaupun setitis air mata.

aku masuk dan aku bacakan yassin sebanyak mana aku sempat. yelah nak masuk tu pun. dua orang je sekali masuk. alang tengahari tu takdak orang melawat makanya aku konker lah. tok masih tak sedar. sedar pon sikit2 sangat. huhu tiada lagi ramah mesra dari tok. sebab aku tahu dia dah tak boleh lagi nak cakap lepas nih. yang selebihnya mampu berdoa.

time dizon merah tu takpayah cerita lah kan. semuanya harapan sangat tipis. ada lah sorang dua yang masih punya harapan. macam ragam pesakit aku tengok time tuh. uh seram jugak. yelah time tu aku sorang kot jaga tok. maka aku bacakan yassin lah untuk tenangkan hatiku nih.

aku balik 4 hari jugak lah. sempat juga aku jaga tok dengan mak su, walaupun adegan dengan penjaga sangatlah banyak. huh! benci gila tengok muka penjaga tuh muka dah la begis takreti swnyum ka. aku punya buat muka abih manis. takpa hasil aku buat muka sekupang dapat jugak aku masuk.

sampai ja , eh time tu tok sedar. tapi cara orang sakit sedar lahkan. aku panggil tok. dia tengok aku. nak cakap dengan dia tapi takjadilah. aku urut lah mana patut. kesian sangat tok huhuhu first pengalaman nih. tok aku sendiri jatuh sakit sebelum nih dengar orang lain ja.

ok. sebelum aku pulang untuk teruskan perjuangan yang belum langsai, aku sempat cium dia. dan bagitahu ,kakak dah nak balik. huhu uh perasaan time tu takyah gitahu lah. sebak. tapi aku tahan.tahan.tahan. ya ! aku berjaya sebab aku tak mahu tok tengok sedih2. masa lawat pon dah abih. drama sangat kalau time2 camnih yalah mana boleh jaga ramai2 kan.

aku doakan moga tok sihat seperti sedia kala. huhu satu ja aku kalau nak kuat jangan dok refresh sangat pengalaman dengan tok. so dengan itu aku akan jadi steady. bila aku curik2 ingat haa maw cari nahas dengan air mata lah. aku dah kalu dengan air mata nih bagai pinang dibelah dua lah. aku cukup tak tahan. huhuhu

aku sedih jugak sebab dah lama aku tak jumpak tok. tak sangka lah nak jadi camnih. dah banyak bulan aku tak jumpa.....




....ok sambung part 2....


Wednesday, 1 April 2015

:: tenanglah wahai hati kecil ::

allah ..astagfirullah halazhim...

tiada ungkapan setenang ini.

moga apa yang dirasa ,moga apa yang ditanggung, moga apa yang telah lama terpendam ini dapat menjadi satu cerita kisah yang boleh mematangkan.

mematangkan fikiran yang banyak menimbulkan persoalan spekulasi itu ini. *tabah lah kau wahai hati kecil*


ini mungkin ujian kau dalam kisah yang telah lama tercipta. 

satu kisah pelbagai dugaan ,

harap ujian yang kau terima menjadikan kau lebih tenang dan tidak selalu meletakkan sesuatu diatas.

 hidup ibarat roda ada kala diaatas ada kala dibawah. 

begitu juga hati ada kala gembira ada kala berduka.


senyumlah kau wahai hati. 

allah tidak beri satu ujian jika kau tak mampu.allah rindu akan kepada si dia yang diberi ujian agar dia terus ingat kepadaNya..

allah ...manusia sentiasa alpa.alpa dengan mainan dunia.mainan yang tiada penghujung .

hanya kita diri sendiri pilih dan pilih mana yang kita ingin .


jangan sesekali kau tersasar. 

ingat allah takpernah lupa akan hambanya.doa sentiasa dipohon.

serahkan segala khudrat kepadanya.dia lebih mengetahui segalanya.


jika itu yang kau pilih, 

jika itu yang buat kau senyum.

maka tak salah teruskan perjuangan mu. 

andai itu jalan terbaik ,redha adalah jawapan terbaik. penat lelah mana pun teruskan terus hingga kepuncak yang kau inginkan.


tenang wahai hati.tabah wahai hati.ikhlaskan seikhlas mungkin walau seperit2 luka dituris.rawati ia dengan ayat suci allah. 

penawar segala duka.kau mampu kau hamba allah mna mungkin kau tak mampu untuk terus senyum .allah

duka yang tercipta ,insyaAllah jika kau redha senyum yang bakal kau temui.tenanglah wahai hati kecil.

Thursday, 19 March 2015

*cita-cita yang diburu*

assalamualaikum semua :)

aku nak jadi apa eh? dengan apa yang aku ada sekarang dalam wishlist aku cuma dua pensyarah atau peguam kalau rezeki aku kat lain tu pon ok asalkan rezeki halal yang aku cari *insyaAllah* ok ni nak ceta pasai peguam dulu..hehe

alhamdullilah 19.3.2015 program literasi undang-undang se malaysia. isu2 semasa perlembagaan dan hak asasi. so konkolusi daripada program nih! alhamdulillah banyak sangat ilmu yang aku dapat ,para penceramah jugak hebat ! one day i want to be like them ~

siapa mereka? hehe peguam yang sangat hebat dan pernah kendali kes berprofile tinggi .mereka merupakan peguam dalam bidang syariah. yang penting kerja mengikut apa yang telah dilandaskan oleh Allah atas dasar niat yang betul.ok remember it !

semalam aku try la search2 berjinak2 untuk mengetahui lebih dalam pasai bidang guaman nih. penguam pun ada banyak jenis yang aku ingat , peguam bela ,peguam cara ,peguam syar'i dan so on. *satu lagi musykil tak egat pulak* hehe

owh bukan senang taw nak jadi peguam nih. amanah yang dipikul tuh berat nak tentukan mana betul mana salah. so tajdidkan niat ! semalam aku ada lah baca sebuah blog nih. dia cerita kisah dia perjalanan nak jadi seorang peguam . huh nampak gaya agak perit. hati mahu kental nih.

nak jadi peguam nih tak semestinya kena ada degree dalam bidang laws or syariah , kadang yang ada sijil nih pun belum tentu dapat jadi kan. so think. aku mula bertekad aku dah jejak kaki dalam bidang syariah nih so aku keluar nanti aku akan berusaha dapatkan apa yang aku nak.tu pun dengan izin Allah , doa . insyaAllah

impian merupakan cita manusia. kejar selagi boleh ! jangan putus asa. semua benda susah ,tak ada benda yang mudah. nak berjaya kena kental kena tanam baja dan keluarkan benih yang berkualiti. *deep*

Monday, 16 March 2015

*hati besi*

Assalamualaikum:)

Hehe adeh sekarang musim menuai esaiment lahai banyak sangat plus dengan syafawi plus tahriri,  ok jugak kan sebab nanti time dah dekat final boleh tolong dan senang ceta kurang la sikit beban nak membaca tu.Kan kan.So senang nak paham.  Doakan saya ya!

Aduhai la hati, kalau yang nama dia manusia nih kan. Masalah dari segi sudut angel suma la wajib kena harung. Kuat mana arus tu pun kau mampu ka kau takmampu ka kau kena cuba. Cuba. Sebab apa? Jangan mudah mengalah lain orang lain ujian, mungkin sebalik ujian ada hikmah rezeki sendiri so keep it up. Huh! *tahan jelahh*

Tetiba teringat satu tweet ni *orang yang matang dan berlagak tenang ni agaknya dah banyak mana ye hati dia rabak? * ha agaknyalah betul ka tidak? Haha think2. Maybe sekumpulan besar cakap ya kot. Kompem la aku pecaya sangat. Luar sado tapi dalam hancus like me la *ehhh ops*

Bukan bahagia baru nak bersyukur tapi bersyukurlah kunci kebahagiaan tu kan.jap apa motif nih. Aduhh nak kata tengah sedih urmmm ya kot *sebab lama takbalik rumah* nak kata gembira *alhamdulillah Allah masih beri kesempatan bernyawa* .so kata2 masih tersirat mendalam dalam lubuk hati ni oi.

Dah mula dah fefeeling ntah apa2 .huhu *matani suka sangat nak masuk habuk bagai* oklah. Tawakkal tamaw mengharap takut sangat kalau kecewa. ALLAH DAH ATURKAN YANG TERBAIK *itu pengubat aku* so lapangkan hati terima seadanya.perit sangat eh? Takpa nak buat macam mana ini ujian kau so kau kena tabah lah.yang penting Allah segalanya. Doa.Allah takkan bagi beban ujian  kat seseorang tu kalau dia tak mampu so kalau kau dah terima sesuatu tu maknanya kau mampu!  Ya kuat!

Nak cerita pasai sakit perit tu takyah nak abaq la camna. Simpan dalam hati duduk diam2 muka fizikal maw kental nampak heppy bzkan diri so kompem insyaAllah everything akan ok. Tapi sampai satu masa kau akan paham apa yang hati nak. Pa? Ketenangan!  Yes! Bukan aku ja suma orang nak. So kunci dia ambik wuduk duduk depan sejadah baca alquran, baca mesti focus minda bukan kat tempat lain taw.

Lama lagi perjalanan hidup ni .eh tapi tak nafi jugak kau kena sentiasa bersedia lah. Apa yang nak maksudkan. Ramai yang kawin usia 20+ kan. Tapi ramai jugak yang Allah dah jemput dia. So kata nih buat aku terpana.  Betul. Sangat betul. Hehe ceta bab kawin owhh semua nak kan.*senyum da lah tu* takpa just go on kalau agama dan iman dalam diri kau dah seimbang.

Mati? Kau bersedia atau tak kau kena bersedia jugak.dia datang tanpa diundang tanpa terkurang sesaat pon. Kalau dah itu hari kau maka tinggallah kau dari dunia yang penuh pancaroba mih.huhu Allah!

Secebis nukilan hati.doakan saya kuat!

Friday, 13 March 2015

*Kawan bukan lawan*

Hehe assalamualaikum suma:)

Lama benau aku tak menaip ni *eh yaka* haha yang namanya menaip essaimen tu wajiblah, tetiba di pagi sabtu serba sejuk ni aku rajin pulak nak menaip, angin monsun apa aku tak dapat kenal pasti.

Riadah tu penting ya wahai anak2, ceh sejak bila aku ada anak plak. Study study jugak yang namanya bersukan tu pon harus diambil berat ya. Dah macam doktor bagi nasihat kat pesakit le pulak. Tak pa doktor versi tak diiktiraf pon ok lah kan. Asai bertauliah *eh apa punya mengarutlah*

So kami geng seroja ambil keputusan untuk bersukan tiap pagi jumaat and seangkatan kalau rasa qajen. Tak kisah la main badminton ka,main bola tampar ka, main bola sepak ka,  kami handuh saje--' berpeluh adalah satu nikmat dan boleh potong lemak yang suka sangat nak hidup dalam badan nih haih. Itu punca utama tu.hehe

Kawan kita bukan lawan ya. Kalau lawan secara sihat tu bagus lah, kalau negative tu say no! Ok. Hehe kawan selamanya.  Oklah layan dulu gambar bawah.. 13.3.2015

Sunday, 21 December 2014

* misi swiss roll *

Assalamualaikum:)

Hahaha *tak abih-abih dengan gelak kau izzah* yelah sebelum cuti sem punya semangat benau nak update tiap hari,minit saat bagai, sekarang hurmm satu apa tadak..eh2 awai tu ada la jugak, yelah banyak ceta, plus rajin nye nak naipnya. Itu punca utama kerajinan.

Heh semakin lama bercuti mood nak tulis tu alahaii ntah lari mana weyhh. Tak kisah la yang penting ado ceta, i rajin, kita kongsi, hehehe yelahh sembreak pon dah bagai telur hujung tanduk *apa punya peribahasa aku pakai* boleh lah masuk jugak kan --'

Ok2. Back to swiss roll yuhooo..urmm first time buat sedap oi, seperti biasa resepi aku tak lah serabut otak just simple bak urmmm apo eh hah apa2 Ja lah..haha tak tahu sudah..eh sat2 resepi aku??? Katok kepala sikit ni pon cousin aku la share2 resepi yang dia buat so aku bab try memang perghhhh!

Senang je ..bahan-bahan untuk satu roll je taw kalau nak banyak gandakan yee:

3 keping roti Gardenia
1 tin kecil Sardin
Salad
Mayonis
Butter

Setiap keping sapukan butter and mayonis.

Lapisan pertama paling dalam..gulung jee ..

Lapisan kedua letak la sardin..gulung atas lapisan pertama..

Lapisan ketiga letak salad..gulung atas lapisan kedua..

Eh gulung tu guna silver paper..adeh lupa nama dia..ha gulung dengan tangan pon boleh..pastikan bersih yee..bebas bakteria

Ok ni je simple kan..so try la..nmpak pon cantik dan myelerakan..yumyum..

Wednesday, 19 November 2014

..1st GiveAway By Anamizu..


assalamualaikum selamat pagi:)


GiveAway ni tamat pada 12 pm 28 November 2014. 

Tuesday, 18 November 2014