clik SINI

Wednesday, 30 April 2014

^^ trip tahsin ^^


assalamualaikum :) hehehe

aih makin rancak berbloging nih ,time ni lah nak berblog sampai muntah nanti dah takleh pegang keyboard kang demam rindu plak kot.. haha kalau ya pun pegang , assignment je mampu kan *hurmm* time tu assignment bagai gunung everest whuaaa gua tak sanggup..aish3 takmaw2 camtu stay strong and be a good and excellent studentzz gituh^^ hahaha 
*kali ni memang rasa nak muntah tekan keyboard* :p

ok back to tajuk nah ~ lagipun rasanya cerita tentang tahsin ni macam dah berkulat ja..haha macam hiperact eh2 hiperbola disitu ..tapi stay fresh dalam memory kepala nih ,yelah macam yang dicerita tokdan nak synopsiskan dalam ni..ha now! i have time like gold so i want make and story about it~ kuang3 macam apa ja rosak makcik grammer ,but it's ok practise make perfect so i'll learn more and more *stop berenglish bagai*

tahsin *salah satu group yang boleh pilih untuk kokurikulum*?? aih mula2 memang kalau dengar tahsin jew gerun ,kalau boleh taknak masuk ,yes ni bukan pilihan saya ,pilihan saya time mula2 nak apply nak masuk ko-k apa khat pilihan pertama saya..yalah tangan gua keras mahu lembutkan tup3 tahsin yang jugak~ takpa2 kita hanya mampu merancang selebihnya ALLAH yang tentukan mungkin rezeki izzah kat situ sapa tahu apa ?dan bagaimana seterusnya akan berlaku?

ya memang tak sangka dulu memang pikir punya takut lah tentang tahsin ni, rupanya2 ada hikmah sebalik semua ni..alhamdulliah dapat ni~ banyak benda kita boleh pelajari dalam ilmu AL-Quran..tahsin tu maksud dia memperbaiki dan memperelokkan tajwid yang kita selalu baca tunggang-langgang..huhu

*ok fullstop tentang tahsin*

27.2.2014-1.3.2014 *ha tu kan dah berkurun punya cerita* hehe time ni kami pergi program lah under tahsin kekonon nak buat aktiviti so destinasi yang bertuah langkawi lah..izzah pon memang lama sangat tak jejak ke sana ,last2 peluang keemasan nih..yes aktiviti bertukar kepada shopping dan jejalan ..hahah *benda paling sukeww* last minit penginapan yang first kami pilih penuh so penginapan kedua kurang sesuai dijadikan tempat nak buat kem3 camtulah..


kami bertolak naik feri pukul 5.30 petang tak silap*otak pun dah kabur lama dah* haha kami naik kat feri kuala perlis jew ..ok pendekkan cerita hari first malam tuh aktiviti sendiri ..yahoo ronda malam lah jawabnya..yang penting makan..makan..makan..

esok tuh kami menjelajah pulau : oklah biarlah gambar2 bawah ni berbicara pulak..haha 

GALERI KRAF TANGAN


CABLE CAR









MANGROVE






GUA KELAWAR







oklah..ni cerita nak balik sudah..hah penat bejalan rindu rumah da ~ babai langkawi !!



 





Tuesday, 29 April 2014

::kasi merdeka tanggal 28.4.2014::


assalamualaikum ..hihi 

tengok tajuk tu memang gelak sakan lah sebabnya no buku lagi.. no bangun pagi.. dan seangkatan dengannya *nampak macam terpaksa jew buat semua tu* eh tak2 insyaALLAH niat biar betul taw nak belajar tu bukankan semata2 nak exam ja ,ilmu yang kita dapat tu jangan fullstop sesekali terus and go on selalu aplikasi dalam hidup insyaALLAH lagi berkat apa yang kita dapat selama ni ..:)

tak lah merdeka mana pun hiperja tajuk tuh..huh! ha maw cuti lama2 camni aktiviti berfaedah vs takberfaedah memang selalu sangat bertandang dalam otak nih..haish hehe tapi susun baik2 jadual cuti ye asai jangan terbabas dengan benda yang merugikan sudah ye.. merdeka tak merdeka baru sem 4 *tepuk muka* baki lagi 4 sem taw ! setengah lagi ak abih aka dalam setahun setengah atau 2 tahun camtulah ..whuaaa long..long..time = =' 



hehe okes 28.4.2014 bersamaan tarikh sejarah dapat menghabiskan segaka paper untuk sem ni..so kekonon nak ambik nafas sat kan memandangkan hampir sebulan tak bernyawa berperang dengan exam..:) itu satu perjuangan usah dipersiakan*ceh* buat sehabis baik ingat ada yang sentiasa mengharapkan kejayaan dari kita ,doa mereka sentiasa ingin kita sukses dalam hidup dunia akhirat
 :(..*love u mak ayah*

eh panjangnya bermukaddimahnya..hehe nak cerita short story je nih, lepas meletakkan titik2 terakhir dalam paper , ha lepas tu jom jejalan ronda2 shopping2 makan2 memang ini pakage lengkap :) sapa tak suka yang ini ..kiki bukan boros tapi cari untuk keperluan jew yew jangan salah tafsir..:)

~cerita 4 sekawan bersama kancil lajunya~
watak driver : una & nina
watak penumpang : izzah & dayah & aleya
watak bagi semangat : dayah *weyhh releks2 yakin2* haha 

perjalanan yang pertama wajib harus dituju makan..makan..makan..adalah suatu yang amat penting ..haha kami tunaikan hajat seorang ni memang nak sangat makan mee szezeling*whua maaf atas ejaan unik itu* hehe lepas puaas tu ya... popular we coming~~



haha apa lagi nak abihkan baucer free tu le ,ha borong2 sampai licin yang paling save kita le ,sebab tak dop benda yang menarik perhatianku so jangan beli nanti menyesal..kalau orang belanja itu tiada masalah..hahaha!

yang penting dalam keta memang gue kecut perut abih lah..lepas ni biar gue yang memandu nampak berhemah sikit kot..hehe 





malam tiba ..next round to makan..makan..makan.. haha 'old custle' kami terjah memang unik restoran tuh nampak cam istana lama ,makanan pon boleh tahan lah untuk orang2 macam kami yang memang gila makan..hahaha 





lepas penat keyang makan..hehe menara alor star we tuju *campor bahasa aih* abaikan seumur hidupku baru sekali panjat menara tuh ,padahai i'm kedahan kot..anak jati ni.. biasalah kan dulu time kecik2 duduk england nuh jauh merantau kot mimpi je lehhh..


ok lah lepas penat gosip girl ,balik rumah layan mimpi lah ponat jalan~zzzzZZZ









:: yahoo~ 2 month rest ::


assalamualaikum ..
 dengan nama Allah yang yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :) 

rasa lama dah tak pengang and tekan2 keyboard ni tambah2 nak mengadap cik B ni..
whuuaaa rindu ~~ yolah bukan boleh nak mengadap full time benda alah ni..tu pun cuti hujung minggu tak pun cuti sem baru dapat godek2 cik B..hehe :)

yah sekarang! now! and again! i'm freedom! hehe musim cuti sem dah kembali yang paling best lagi cuti sem untuk sem ni long punya cuti..hehehe *senyum sampai telinga* so apa lagi macam2 projek dok bergeligat ja dalam otak minda kita nih..

hurmm..pejam celik pejam celik dah abih exam untuk semester 4 kuliyyah syariah dan undang2 ..hehe lawyer to be ~~ insyaALLAH 8cita-citaku biar sampai ke bintang* yang penting jangan lupa dan always doa supaya kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan :)

exam start 16.4.2014 -28.4.2014 tudeaa macam lama kan..eh tapi ada gap taw --' ok selamat tinggal subjek2 sem ni ,ilmu yang dapat akan ku abadikan dalam kisah hidupku *aicewah* haha sekali sekala jadi taktahwan camni tak salah kot kan3?


*study week dipenuhi dengan melayan ceta ni..haha so releks :) *

sem ni memang pecah rekod la 20 jam kedit sekali hadap kekonon nak jadi excellent student lah..hehe kita tunggu 2 month lagi cik result bakal keluar berjayakah ?insyaALLAH doa2kan kita ye:) nah amik :

= fiqh kitab sunnah 2
= al-quran 2 *killersz*
= qadaya 2
= tawhid
= qaah bahas 1
= enakment undang2 dan keluarga islam
= reading & writing
= kokurikulum tahsin
= usul fiqh 2


ha tudea berderet , yang kartun comot bawah tu abaikan..kikiki ada paham maksud? eh rasanya ni taklah hiperbola banyak kan..orang kata standart lah tu..^_^ 
oklah selamat bercuti dan beristirehat .. tak silap 28.4.2014-5.7.2014 whuaa start sem 5 ..yeay ! only 3 sem doakan lah..*sekarang yeay bagai lah* haha nak bukak sem liat lepat liat mengalahkan  
apa lagi nak mulakan langkah..hihi itu normal kan ?