clik SINI

Saturday 27 June 2015

terpaksa,dipaksa,memaksa

assalamualaikum;)

hehe tajuk benda alah apa lah izzah oi, nak tulis nih faedah ka tidak nih.boleh la.boleh la. dari kata dasar paksa ,kemudian kita letakkan imbuhan makna berbeza kan. ha tudea nampak dak bila cikgu fake bahasa melayu tulis. hurmmm

pertama sekali aku nak nangis sebab seperti bisa aku amat alah benda yang dinamakan kena balik asrama ,rumah sewa dan seangkatan. huhuhuhu aku penat kadang motivasi diri nih supaya kuat. boleh la berkesan la walaupun aku sering tewas dengan permata berlian aku nih.

tepuk pipi. bukan anak manja , tapi memang stail camtu kot.huhu takdak penawar dah nak ubat. kalau bagi ubat pun ala-ala macam ubat tahan sakit. bila makan hilang pastu angin ribut taufan serang balik.sabarlah wahai diri ingat perjuangan kau sebagai pelajar belum selesai amanah mak ayah kau belum ke titik akhir. yak! 2sem lagi ! niat semuanya kerana Allah.

lepas tu ujian lain pulak kau harus harungi, kau kuat kan. teruskan langkah mu izzah, teruskan walupun duri sembilu menusuk disetiap langkah mu. hehe adoih madah pulak aku nih. cukup-cukup. sebelum melangkah keluar aku doakan ,aku dan sahabat seperjungan sama-sama meraih senyuman kepuasan.ya. kejayaan bersama lebih manis. huhu insyaAllah apa pun semuanya dengan izin Allah.

perkara kedua aku nak nangis sebab aku terpaksa, dipaksa dan memaksa. haha seget. sebab aku pemalas jadi huraian cikgu tak kasi ye. awak carilah sendiri ok. apa punya entry kali nih kelaut sangat. takpa aku menulis untuk aku, kalau ada terselit hikmah ambiklah, yang patut baling kelaut tinggalkan ye. hehe

aku kau kamu awak kalian mereka ,kata ganti diri pulak izzah oi ,haha ya semua tu berhak memilih bahagia tersendiri, pilih kebahagiaan ,mulakan kearah sepatutnya, jangan mudah mengalah sebab siapa lagi kalau bukan diri kau yang bantu diri sendiri. pikirlah, haha ya mudah dibibir bila berbicara untuk melakukan perlu seiring kekuatan ! yakin kau boleh.

jangan mudah percaya, jangan mudah berharap , sebab orang lain belum tentu mahu seiring denganmu. kita yang pilih untuk bahagia, maka bahagiakan dirimu.usap hatimu kentalkan dia, ajarkan dia erti sabar,didik dengan penuh berhikmah, insyaAllah kau akan temui sesuatu.

hahaha alamak apasai skema sangat nih oi. oklah sorry aku suka berfikir,andai salah itu idea dan pendapat aku.hehehe mungkin kita lain.maaf kalau ada yang membenci insan kerdil ini,maaf andai tersalah,maaf segalanya, kita berbeza kau dengan cara kau ,aku dengan cara aku, kesempurnaan hanya mudah apabila saling melengkapi bersama tapi susah untuk dimiliki sendiri. selamat puasa! peace ✌✌

Friday 12 June 2015

kau tiada lagi

selamat pagi :)

mulakan hari dengan senyuman pilihlah untuk terus kearah positif ,kesedihan hanya warna dalam kehidupan dan bukan untuk ditangisi berterusan .

tapi harini tiada lagi bunyian dari 'dia' , teriakan lapar melalui 'dia' ........ *aku takleh nak sambung tetiba banyak pulak air suam2 turun kat pipi nih huhuhu maaf aku sensitif sikit kalau bab berkenaan perasaan. huhuhu

maafkan tuanmu kalau selama ini menjagamu tidak begitu sempurna ,itu saja yang kami mampu. pergilah pergilah kau kepada sang pencipta ,berehatlah kau,kau dah pun tenang disana.
sesungguhnya kau hanya pinjaman kami, pembawa rezeki dalam rumah ni.tiada lagi kedua hanya kau terakhir, sebab aku percaya tiada lagi yang sebaik kau.

ini kisah pendek 'bear' si kucing putih bermata biru. huhu
-12.6.2015-

Tuesday 2 June 2015

*part 2 : pulangnya dia menghadap Illahi*

assalamualaikum..

sambung..

lepas beberapa hari aku pulang untuk menjenguk keadaan tok, aku pulang kembali ke KUIN untuk meneruskan peperiksaan aku yang masih berbaki ,yap! perjuangan harus diteruskan. kakak mampu doakan tok dari jauh ja. huhuhu rindu tok. rindu ramah tok. sabar.sabar.

sebenarnya selepas beberapa hari aku balik, mak aku bagitahu yang tok penat terok ,ada satu malam Allah nampak macam dah nazak sangat dan waktu tu semua anak beranak dah pulang ,aku yang terpinga2 tak tahu apa. mak aku tak kol sebab dia takut ganggu aku. huhuhu Allah lebih mengetahui segalanya Dia sebaik2 perancang.Allah masih panjangkan umurnya.

selepas habis paper exam ,aku tak terus balik sebab nak cuti sem kan. kemas lah dulu apa yang patut ,esok tu naik bas baru balik. perasaan tu nak kata best tu ttak la sangat sebab macam2 perasaan menjelma kat minda nih. nasib baik kali nih aleya temankan. hehe

sampai alor star aku tak terus ke hospital, sebab bukan time melawat kan. so adik aku ambik dan balik petang baru pergi hospital. huhuhu sampai hospital petang tu , Allahhhh tak tahu nak cakap macam mana tok nampak teruk sangat. tak macam beberapa hari yang lalu sebelum aku pulang. tiada lagi pergerakan dari anggotanya. tiada lagi celik matanya.

huhuhu kesempatan yang ada ,aku ambikkan yassin dan bacakan kat tok. moga tok terus kuat moga permudahkan urusan tok. sempat dua kali aku ulang. banyak anak cucu saudara mara yang datang. time melawat pun dah abih .ha mula doktor panggil suruh keluar. time nih biasalah ,time drama. huhuhu

sebelum keluar aku sempat peluk cium tok dan bisikkan kalimah Allah ditelinga tok. badan tok pon dah terasa sejuk dia tu. time tunggu giliran nak solat magrib, tetiba mak njang aku jerit panggil semua. tengok tok. aku lari lah nak masuk. haishhh penjaga tak bagi masuk. mak aku dah terlepas masuk.

time tu aku dah rasa lain.lain sangat. ya betul tekaan aku. tok aku telah tiada .tiada lagi untuk selamanya. Allah .aku puas walau aku tak dapat bak jumpak time penghujung itu. tapi syukur aku dapat jumpa ,rasa macam tok tunggu kepulangan cucu sulungnya nih sebelum dia pergi kepada penciptanya.hari aku pulang ,hari itulah juga tok pulang buat selamanya. huhuhu

malam tu , aku temankan tok ,aku puas ,puas sangat dapat mengalunkan dan memsedekahkan ayat suci Alquran, itu saja yang kakak mampu buat tok , tapi aku hanya bertemankan jasadnya semata2 , hanya jasad yang terbujur kaku ,tiada lagi suaranya, tiada la gelak tawanya, huhuhu...

dari Dia kita datang kepada Dia jua kita kembali. semuanya selamat. tok dah selamat pergi kita yang masih hidup nih. tak tahu lagi pengakhiran kita macam mana. allah. semoga tok berada dalam kalangan orang yang solehah terima amalannya dan jauhkan dia dari azabmu. aminnn. pergilah tok dengan tenang. tok siti aminah @ lian bt md isa. 9.5.2015 huhuhu

al fatihah........