clik SINI

Saturday, 27 June 2015

terpaksa,dipaksa,memaksa

assalamualaikum;)

hehe tajuk benda alah apa lah izzah oi, nak tulis nih faedah ka tidak nih.boleh la.boleh la. dari kata dasar paksa ,kemudian kita letakkan imbuhan makna berbeza kan. ha tudea nampak dak bila cikgu fake bahasa melayu tulis. hurmmm

pertama sekali aku nak nangis sebab seperti bisa aku amat alah benda yang dinamakan kena balik asrama ,rumah sewa dan seangkatan. huhuhuhu aku penat kadang motivasi diri nih supaya kuat. boleh la berkesan la walaupun aku sering tewas dengan permata berlian aku nih.

tepuk pipi. bukan anak manja , tapi memang stail camtu kot.huhu takdak penawar dah nak ubat. kalau bagi ubat pun ala-ala macam ubat tahan sakit. bila makan hilang pastu angin ribut taufan serang balik.sabarlah wahai diri ingat perjuangan kau sebagai pelajar belum selesai amanah mak ayah kau belum ke titik akhir. yak! 2sem lagi ! niat semuanya kerana Allah.

lepas tu ujian lain pulak kau harus harungi, kau kuat kan. teruskan langkah mu izzah, teruskan walupun duri sembilu menusuk disetiap langkah mu. hehe adoih madah pulak aku nih. cukup-cukup. sebelum melangkah keluar aku doakan ,aku dan sahabat seperjungan sama-sama meraih senyuman kepuasan.ya. kejayaan bersama lebih manis. huhu insyaAllah apa pun semuanya dengan izin Allah.

perkara kedua aku nak nangis sebab aku terpaksa, dipaksa dan memaksa. haha seget. sebab aku pemalas jadi huraian cikgu tak kasi ye. awak carilah sendiri ok. apa punya entry kali nih kelaut sangat. takpa aku menulis untuk aku, kalau ada terselit hikmah ambiklah, yang patut baling kelaut tinggalkan ye. hehe

aku kau kamu awak kalian mereka ,kata ganti diri pulak izzah oi ,haha ya semua tu berhak memilih bahagia tersendiri, pilih kebahagiaan ,mulakan kearah sepatutnya, jangan mudah mengalah sebab siapa lagi kalau bukan diri kau yang bantu diri sendiri. pikirlah, haha ya mudah dibibir bila berbicara untuk melakukan perlu seiring kekuatan ! yakin kau boleh.

jangan mudah percaya, jangan mudah berharap , sebab orang lain belum tentu mahu seiring denganmu. kita yang pilih untuk bahagia, maka bahagiakan dirimu.usap hatimu kentalkan dia, ajarkan dia erti sabar,didik dengan penuh berhikmah, insyaAllah kau akan temui sesuatu.

hahaha alamak apasai skema sangat nih oi. oklah sorry aku suka berfikir,andai salah itu idea dan pendapat aku.hehehe mungkin kita lain.maaf kalau ada yang membenci insan kerdil ini,maaf andai tersalah,maaf segalanya, kita berbeza kau dengan cara kau ,aku dengan cara aku, kesempurnaan hanya mudah apabila saling melengkapi bersama tapi susah untuk dimiliki sendiri. selamat puasa! peace ✌✌

No comments:

Post a Comment

! (^)_(^) ..jangan malu2 komen eh..temakaseh :)