clik SINI

Tuesday 2 June 2015

*part 2 : pulangnya dia menghadap Illahi*

assalamualaikum..

sambung..

lepas beberapa hari aku pulang untuk menjenguk keadaan tok, aku pulang kembali ke KUIN untuk meneruskan peperiksaan aku yang masih berbaki ,yap! perjuangan harus diteruskan. kakak mampu doakan tok dari jauh ja. huhuhu rindu tok. rindu ramah tok. sabar.sabar.

sebenarnya selepas beberapa hari aku balik, mak aku bagitahu yang tok penat terok ,ada satu malam Allah nampak macam dah nazak sangat dan waktu tu semua anak beranak dah pulang ,aku yang terpinga2 tak tahu apa. mak aku tak kol sebab dia takut ganggu aku. huhuhu Allah lebih mengetahui segalanya Dia sebaik2 perancang.Allah masih panjangkan umurnya.

selepas habis paper exam ,aku tak terus balik sebab nak cuti sem kan. kemas lah dulu apa yang patut ,esok tu naik bas baru balik. perasaan tu nak kata best tu ttak la sangat sebab macam2 perasaan menjelma kat minda nih. nasib baik kali nih aleya temankan. hehe

sampai alor star aku tak terus ke hospital, sebab bukan time melawat kan. so adik aku ambik dan balik petang baru pergi hospital. huhuhu sampai hospital petang tu , Allahhhh tak tahu nak cakap macam mana tok nampak teruk sangat. tak macam beberapa hari yang lalu sebelum aku pulang. tiada lagi pergerakan dari anggotanya. tiada lagi celik matanya.

huhuhu kesempatan yang ada ,aku ambikkan yassin dan bacakan kat tok. moga tok terus kuat moga permudahkan urusan tok. sempat dua kali aku ulang. banyak anak cucu saudara mara yang datang. time melawat pun dah abih .ha mula doktor panggil suruh keluar. time nih biasalah ,time drama. huhuhu

sebelum keluar aku sempat peluk cium tok dan bisikkan kalimah Allah ditelinga tok. badan tok pon dah terasa sejuk dia tu. time tunggu giliran nak solat magrib, tetiba mak njang aku jerit panggil semua. tengok tok. aku lari lah nak masuk. haishhh penjaga tak bagi masuk. mak aku dah terlepas masuk.

time tu aku dah rasa lain.lain sangat. ya betul tekaan aku. tok aku telah tiada .tiada lagi untuk selamanya. Allah .aku puas walau aku tak dapat bak jumpak time penghujung itu. tapi syukur aku dapat jumpa ,rasa macam tok tunggu kepulangan cucu sulungnya nih sebelum dia pergi kepada penciptanya.hari aku pulang ,hari itulah juga tok pulang buat selamanya. huhuhu

malam tu , aku temankan tok ,aku puas ,puas sangat dapat mengalunkan dan memsedekahkan ayat suci Alquran, itu saja yang kakak mampu buat tok , tapi aku hanya bertemankan jasadnya semata2 , hanya jasad yang terbujur kaku ,tiada lagi suaranya, tiada la gelak tawanya, huhuhu...

dari Dia kita datang kepada Dia jua kita kembali. semuanya selamat. tok dah selamat pergi kita yang masih hidup nih. tak tahu lagi pengakhiran kita macam mana. allah. semoga tok berada dalam kalangan orang yang solehah terima amalannya dan jauhkan dia dari azabmu. aminnn. pergilah tok dengan tenang. tok siti aminah @ lian bt md isa. 9.5.2015 huhuhu

al fatihah........

No comments:

Post a Comment

! (^)_(^) ..jangan malu2 komen eh..temakaseh :)