clik SINI

Monday 11 April 2016

^ tinta hati ^

assalamualaikum..

sabarlah hati. sabarlah diri. Allah itu maha mengetahui. cepat atau lambat pasti terbukti. benda hakiki nih kadang dikaburi. taknampak dengan mata sendiri. tapi boleh rasa dengan mata hati. hanya untuk orang yang punya hati suci.

Allah bagi lengkap sempurna minda akal diri pribadi. kadang kita alpa kita lupa kita terlalai, kita hanya guna untuk kepentingan pribadi, guna hanya untuk saling menyakiti. adakah ini dikatakan kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Illahi.

tepuk dada tanya iman dalam diri. tanya hati yang tertanam dalam sanubari, puas kau buat semua orang saling memusuhi. puas hati? niat yang baik ,niat yang suci hanya terletak pada hati yang tulus suci murni. ingat tu!

tiap masalah punya cara nak hadapi. punya teknik tersendiri nak selesai, bukan main hendap macam perang gerilla zaman komunis dulu ni, biar optimis berplaning sikit , maruah terletak ditangan kau sendiri.

bila berbicara sentiasa difikiri, bukan sentiasa suka nak mendabik diri ,murah dengan perhatian dan sokongan manusia sekeliling diri. ingat kau dan aku sama punya harga diri!

kadang dengan kelalaian yang dimakan oleh nafsu sendiri, boleh memakan diri, bertindak seiring dengan haluan yang kita sering pelajari, bukak hati bukak mata hati, bukan menjadi orang yang hanya menunding jari, perasan diri dikagumi.

salah orang canang sana sini. ingat tak sekali kau bukak aib orang, Allah akan bukak aib kau berkali-kali, salah sendiri hindari, salah orang kata itu ini, jomlah sama2 perbaiki diri, ingat kau dan aku tak kekal abadi. 

aku bukan manusia suci yang tagih simpati untuk disanjungi. tapi aku punya hati sanubari bukan untuk kau keji. aku manusia punya maruah dan harga diri bukan untuk caci dan perli.

aku tahu siapa aku. aku mohon biar Allah saja yang menilai diri kerdil ini. aku manusia seperti yang lain punya dosa tersendiri. punya kesalahandiri, biar aku kalah dimata manusia, tapi aku menang dalam redha Allah.insyaAllah

"nukilan peribadi buat diri"
-izzah hashim-
13/4/2016

Thursday 10 March 2016

* aku perlukanMU *

assalamualaikum :)

nah hayati bait lirik nih. setiap ujian ada hikmah dan cerita bakal mendatang. kau sebagai manusia pegang key berharga itu. sabar. usap diri kau ,terus bangun dan percaya kau masih punya DIA.

DIA tak pernah lupa kita.okeyh dah start saat nih, pada tiap hari ini, hiasi bibir kau dengan senyuman okeyh. hati tu hati tu, mohon Allah selalu jaga untuk segala kebaikan.

Oh Tuhanku...
Dengarkan suara hatiku
Lidahku kelu tak mampu berbicara

Oh Tuhanku...
Tak terpikul segala dosaku
Ku takut Kau palingkanku
Dari pandanganMu

Aku selalu melupakanMu
Meski Kau tak pernah melupakanku
Aku perlu pengampunanMu
Dan Engkau mahu terima taubatku

Saat ku hirup udara sedalam-dalamnya
Tak terlintas untuk ku menghargainya

Saat mata terbuka dari lena
Hampir tiada ku rasa
Untuk mensyukuri tiap nikmat
Yang telah Kau pinjamkan
Malah sering aku meminta-minta

Aku selalu melupakanMu
Meski Kau tak pernah melupakanku
Aku perlu pengampunanMu
Dan Engkau mahu terima taubatku

Aku selalu melupakanMu
Meski Kau tak pernah melupakanku
Aku perlu pengampunanMu
Dan Engkau mahu terima taubatku

Kala ku tersasar Kau ingatkan
Tersungkurku Kau beri harapan
Tak pernah diri ini dipersiakan
Betapa besarnya rahmat dan kasihMu Tuhan

Aku selalu melupakanMu
Meski Kau tak pernah melupakanku
Aku perlu pengampunanMu
Dan Engkau mahu terima taubatku

Aku selalu melupakanMu
Meski Kau tak pernah melupakanku
Aku perlu pengampunanMu
Dan Engkau mahu terima taubatku
Terimalah taubatku

Ya Allah...

Friday 26 February 2016

-tak mudah untuk bangun-

assalamualaikum :)

sabtu 27 februari 2016. tak mudah untuk bangun setelah kau jatuh.
so kita positifkan ayat, jangan terlalu mikirkan negatif, impak untuk bangun tuh akan menjadi lebih susah perih. mudahnya untuk bangun setelah kau jatuh. mudah ka? senang ka? yap! ada caranya. formula simple tenang tarik nafas ingat kau punya siapa untuk memohon pertolongan?

Allah tu sentiasa ada disisi kita. kadang kita yang sering terleka dan sering terlupa dengan nikmat yang Dia beri , kita alpa dan lupa untuk bersyukur , malukan apabila kita ditimpa musibah ditimpa ujian barulah kita ingat untuk memohon pertolongan kepadaNya. Allah ampunkan aku.

mohon petunjuk daripadaNya , mohon kekuatan daripadaNya , mohon diberi kesabaran yang tinggi daripadaNya , mohon diberikan hati yang ikhlas dan redha apabila ujian menimpa kita.

sakit jatuh tuh hanya orang yang pernah merasai tahu bagaimana rasa kan? alhamdulillah aku juga diberi kesempatan untuk merasai nikmat sakit itu. sungguh aku kata sakit aku rasai ini baru 1% mungkin banyak lagi manusia diluar sana diuji dengan ujian yang lebih hebat.

bersyukurlah selagi kau masih diberi ruang dan peluang untuk bermuhasabah dengan apa yang terjadi. Allah tu maha Adil ,Allah tu maha mengetahui ,Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

ya proses untuk bangun setelah kau jatuh tu bukan satu proses remeh bukan satu proses mudah , kaki kau lemah untuk melangkah hati kau tak kuat tapi kau harus yakin dan terus mencuba untuk bangun. cuba fikir sebab dan asbab terjadinya semua. cuba fikir dengan mata hati yang penuh dengan ketenangan. insyaAllah jawapan tuh kau bakal temui di 'dalam'.

noted untuk izzah. izzah ingat kau juga manusia. manusia biasa penuh dengan impian dan harapan. ingat sekeliling kau masih banyak manusia yang sudi membantu yang sudi mendoakan kau dalam diam. tabah hatimu wahai cahaya kemuliaan kekuatan, kekuatanku kemuliaanku. kuatlah seperti namamu. ibu dan ayahmu keluargamu sering menjadi tulang belakang untuk aku terus membina empayar didunia dan galiannya akan aku petik dan tuai disana.

izzah ingat jadilah diri kau, kau juga layak bahagia, aku juga impikan kesempurnaan inginkan yang terbaik. tapi ingat tiada manusia sempurna. tapi jadilah manusia yang terbaik dari yang baik. ingat tindakan dan usaha dari diri kau yang mampu mengubah segalanya. impian tanpa amal usaha doa tawakkal takkan menjadi ,ingat tu izzah!

izzah lapkan air matamu, mahalkan permata suci itu, usah kau mudah untuk bazirkan ia. percaya disebalik kejadian punya hikmah. izzah kau perlu kuat, kau bukan yang dulu ,kau bukan manusia lemah. kelemahan yang pernah aku alamai akan aku jadikan kekuatan untuk aku terus bangun.biiznillah.

jaga matamu, jaga hatimu, dan yakin dalam diri kau, sudah sudah untuk melihat apa kau tak mampu. Allah butakan aku untuk terus melihat sesuatu yang membuat aku jatuh kembali. membuatkan aku terus terusan membazir air mata. haha aku sensitif sangat nih. jadikanlah pengalaman pertama itu pengalaman terakhir juga bagiku. insyaAllah semua akan ok. Allah kan ada.

maaf aku tak sekuat kau sangka. cukuplah pengalaman lalu mengajar aku erti sebuah ketabahan dalam mengharungi rempah ratus dunia nih.yak! time nih pulak miming lagu kat tv tuh sedih. kulapangkan dada untuk segalanya. terima kasih dan terima kasih. jika ada arus melintang dengan izinNya kita berjumpa lagi ya. tapi untuk episod baru. siapa tahu kan.

tak mungkin jugak masa tu aku pun dah selesai menjalankan tugas sebagai hamba didunia. hehe

semua orang berhak bahagia, bahagia itu kau yang pilih sendiri. jika kau masih ditakak yang sama itu salah kau. kan 

jangan lupa ya. kunci yang paling penting untuk sesuatu kejayaan ialah solat. kan dalam azan pun menyeru haiyya ala solahh haiyya alal falah. istiqoroh ,hajat , taubat, tahajuud dan lain2 adalah jalan terbaik untuk kau temui sesuatu dihadapan kelak. kuasa Allah tiada siapa yang mampu tandingin.Allahuakhbar!

tulus ikhlas dari hati kecil seorang insan kerdil yang banyak compang campingnya , insan kerdil yang cetek ilmunya, insan kerdil yang masih jauh solehahnya muslimahnya, insan kerdil yang dahagakan redha Allah ,insan kerdil yang punya impian untuk melakukan perubahan. semua nih bermula dari diri sendiri ,tak mampu diluah melalui kata-kata hanya mampu melalui tulisan.

aku adalah aku. aku kenal siapa aku. aku mohon jangan dibandingkan diri kerdil ini ya. aku kau kamu dia kita berbeza. biar Allah saja yang menilainya ya. huhu