clik SINI
Wednesday, 27 May 2015
- jalan -
Monday, 11 May 2015
*pulangnya dia menghadap Illahi*
assalamualaikum semua :)
cuti sem aku dah bermula. dah lama tunggu nak cuti. yelah hobi aku memang bercuti. alhamdulillah aku jugak selamat meredah exam final yang sangat menguji. result ? nanti lah ye kita bincangkan , sekarang doa terbaik sebab usaha dah , jawab pun dah , tawakkal banyak2.
tapi pembukaan cuti sem aku kali nih lain sangat. pengalaman paling aku tak dapat lupakan. permulaan percutiaan semester 6 yang sangat memeritkan untuk terima. tabahkan hati kami sekeluarga.
sebelum tu 30.5.2015 , aku kawan2 geng seroja memang dah excited gila nak rest sat , sebab exam gap yang sangat panjang. so kami rancang nak pergi pantai merdeka. nak layan fast furious 7 lah ,makan sedunia lah. ya lah kita mampu rancang sebaliknya , Allah yang mengetahui. huhu baju? siap iron semua lah. *tengah semangat membuak2 kan*
malam tu mak aku kol, tak terpikir apa pun sebab sebelum nih mak aku jarang kol, melainkan anaknya yang sangat mithali inilah yang kol dulu. ok. *tersekesema* bahasa melayu mana aku cedok nih. pokoknya camtulah hehe
mak bagitahu yang tok aku sakit. sakit tu takpalah memang selalu jugak tok sakit. kot demam biasalah kan. pastu kes kali ini tidak. mak kata tok jatuh time nak tukar kain , pastu sempat la panggilkan tokwan , dia sempat gitahu kata jatuh dan kepala kena dinding, lepas tu dah tak sedar. allah...
mak kata tok dah teruk , balik lah. doktor pon kata kalau dia sedar kehidupan dia dah takmacam dulu. sebab dia strok , darah dia daik 200 apa ntah. huhu tinggi sangat. ya esok tu aku balik. makanya aku batalkan percutiaan bersama kawan2. tu lah suka ria kita rancang , sebaliknya berlaku. nasib kak ton temankan balik. hehe sebab aku bukan takut tapi kurang keyakinan la nak balik naik bas turun bas sorang2. huhu
pagi tu jugak aku balik. sampai alor star , adik aku ambikkan dan terus ke hospital sultanah bahiyah. dalam otak bayang macam2 dah. doa sepanjang jalan moga semuanya ok. time sampai tu tok masih dizon merah. ayah pesan baca yassin kat tok , baca tajwid leklok. moga tok dipermudahkan mana patut. aku nangis tak? luar tak dalam tu tak payah cakap la. aku tahan untuk tidak menitiskan walaupun setitis air mata.
aku masuk dan aku bacakan yassin sebanyak mana aku sempat. yelah nak masuk tu pun. dua orang je sekali masuk. alang tengahari tu takdak orang melawat makanya aku konker lah. tok masih tak sedar. sedar pon sikit2 sangat. huhu tiada lagi ramah mesra dari tok. sebab aku tahu dia dah tak boleh lagi nak cakap lepas nih. yang selebihnya mampu berdoa.
time dizon merah tu takpayah cerita lah kan. semuanya harapan sangat tipis. ada lah sorang dua yang masih punya harapan. macam ragam pesakit aku tengok time tuh. uh seram jugak. yelah time tu aku sorang kot jaga tok. maka aku bacakan yassin lah untuk tenangkan hatiku nih.
aku balik 4 hari jugak lah. sempat juga aku jaga tok dengan mak su, walaupun adegan dengan penjaga sangatlah banyak. huh! benci gila tengok muka penjaga tuh muka dah la begis takreti swnyum ka. aku punya buat muka abih manis. takpa hasil aku buat muka sekupang dapat jugak aku masuk.
sampai ja , eh time tu tok sedar. tapi cara orang sakit sedar lahkan. aku panggil tok. dia tengok aku. nak cakap dengan dia tapi takjadilah. aku urut lah mana patut. kesian sangat tok huhuhu first pengalaman nih. tok aku sendiri jatuh sakit sebelum nih dengar orang lain ja.
ok. sebelum aku pulang untuk teruskan perjuangan yang belum langsai, aku sempat cium dia. dan bagitahu ,kakak dah nak balik. huhu uh perasaan time tu takyah gitahu lah. sebak. tapi aku tahan.tahan.tahan. ya ! aku berjaya sebab aku tak mahu tok tengok sedih2. masa lawat pon dah abih. drama sangat kalau time2 camnih yalah mana boleh jaga ramai2 kan.
aku doakan moga tok sihat seperti sedia kala. huhu satu ja aku kalau nak kuat jangan dok refresh sangat pengalaman dengan tok. so dengan itu aku akan jadi steady. bila aku curik2 ingat haa maw cari nahas dengan air mata lah. aku dah kalu dengan air mata nih bagai pinang dibelah dua lah. aku cukup tak tahan. huhuhu
aku sedih jugak sebab dah lama aku tak jumpak tok. tak sangka lah nak jadi camnih. dah banyak bulan aku tak jumpa.....
....ok sambung part 2....