Bismillahirrahmanirrahim .. dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang:)
aku malu kerana dipuji..
aku malu pada Tuhan dan diriku, mendengar pujian orang buatku
kenapa harus aku malu??
kerana aku tahu ,aku tidak layak untuk itu :(
YA ALLAH...
KAU MAHA Mengetahui tentang hambaMu ini
dosa dan noda pada anggota dan jiwa, dalam kesunyian malam kupohon keampunan
janganlah pijian orang itu hanya igauan
sedangkan aku dilembah kedukaan
hulurkan aku lautan keampunan, limpahkan aku hamparan keikhlasan
hingga pujian atau makian tidak akan menggugat perasaan
TUHANku...
ampunkan aku bila aku dipuji sedang Dikau mengerti diri ini belum cukup murni..
insyaALLAH suatu hari nanti..aku akan temui apa yang belum cukup untuk diriku..
dengan doa usaha dan tawakkal aku berserah kepadamu
aku juga insan biasa ,yang tidak sempurna ,namun aku akan lakukan yang terbaik dalam hidup ini.. :")
siapalah aku jika dibandingkan dengan hamba-hambaMu yang suci,
para mujahid yang cukup berbakti ,aku hanyalah dipinggiran budi
belum cukup darah airmata harta nyawa yang kukorbani
maka tutupilah kelemahan diri ini
ketika dahi merapat ke bumi aku tangisi
aku amat malu padaMu ILAHI
aku bimbang nifaq diri tersembunyi bimbang puji membunuh kejujuran naluri
'ampun kerana aku tidak layak dipuji ,dan ampun kerana mereka salah memuji'
~by : penawar duka..pengubat sengsara~
terima kasih mengingatkan saya...bimbang hanyut dilautan pujian...
ReplyDelete