assalamualaikum :)
alamak ! cuti dah nak abis whuaaaa :( 4 hari lagi, huh! macam mana nih semangat memang taklah nak datang time2 kena balik rumah sewa, hah stress! ok lupakan buat2 macam cuti setahun lagi *mimpi moga jadi keyataan* ..sejak2 cuti nih dah banyak pulak aku tulis pasal makanan plus bulan puasa pulak tu memang cari nahas lah..haha alah time ni jelah yang mampu nak menghadap benda nih , nanti dah nak kena hadap kuliah pulak, takpelah redha adat resam seorang mahasiswi ..huhu:)
misi tetap misi ye, i like it haha yolah duduk rumah goyang kaki meh sini aku try mana resepi yang patut kekonon buat persediaan dimasa hadapan *future will coming* haha tak tahu lah orang macam mana tapi bagi aku masak sesuatu yang mengembirakan tapi adew nyew jugak sedih , nak tahu time bila? time masakan rasa taksodap lah, hahaha!
bila entah aku rasa boring plak asyik masak benda yang aku dah pro *kahkahkah perasan tahap maxima woi* banyak mana lah sangat kan masakan pro aku tuh , ambik selimut tutup muka, heh! banyak jugak ok! haha tapi tu lah seperti yang aku ceritakan boleh lah kalau orang sekeliling tersayang nak makan kann.. :)
aku nak reka masakan skema2 nih memang jangan harap lah, sebab aku mesti ikut cara turun temurun mak aku lah ,so kalau nak reka jadi pelik kang apo pulak jadi. jadi kalau merapu punya but boleh telan boleh lah kalau nak berbisness memang maju lahhh ,haa masakan camtu i memang suka lah ! ok, bagi aku masakan skema lah macam ha adat tradisi orang melayu sambal lah, gulai lah, masak lomak and so on *semua nih petik jari je tapi huhu bab gulai memang aku menyerah diri lah* ade history disebalik tu .
oklah aku selongkar peti ais mana yang sesuai, aku pikir emm asyik kalau sambal mesti merah ,apa kata kita tukar warna ..hehe *padahal ade je dah berkurun orang masak sambal hijau aku ja yang ketinggalan* ok next terus lah kepada bahan2nyoo..haha dah macam chef tapi takdak iktiraf =='
bahan2 :
1. bawang besar sebijik*
2. bawang merah 2-3 bijik*
3. bawang putih 3 bijik*
4. cabai melaka / cabai hidup hijau 10-15 bijik*
5. serai 3 batang* (1 je kisar ,2 lagi katok ja)
6. halia*
7. daun liimau purut
8. asam keping 2
9. ayam
(*) kisarkan bahan2 nih.........................
cara2:
1. tumiskan bahan yang kisar tadi, tunggu sampai naik bau pastu masukkan serai yang dikatok
dan asam keping.
2. dah nampak cam comel ja kuah tuh , masukkan gula ,garam secukup rasa.
3. masukkan ayam yang telah digoreng biar lah beberapa minit rasa pun dah menawan hati eh sebelum tuh masukkan daun limau purut ,then angkat masok pinggan.
4. siap.
haa tak ke simple tuh, mudah ja try lah ,first try ni pon saja2 ja, time tuh ayah puasa pastu balik kerja tengok anak dara dia masak macam sedap ja *kembang kena puji* so ayah suruh buat lagi lepas tu untuk nak bukak puasa..kikiki boleh lah kan kalau nak makan tuh sedap aroma dia memang aku suka !
ok bai ~
No comments:
Post a Comment
! (^)_(^) ..jangan malu2 komen eh..temakaseh :)