clik SINI

Friday, 28 June 2013

:: roti john?hurm ::

Hehe,.assalamualaikum ,emm hari ni tiba2 tangan ni rajin pUlak nak menaip..

Hurm..roti john?? Tak dak apa sangat yang nak dikongsikan just nak share *eh sama ja tuh maksud*hehe ok cara nak buat roti yang paling senang, mudah dan cepat dan paling penting sodap..*barapa banyak paling disitu*:) bahan2 dia pon tak la susah nak dapat..simple tapi meletop gtuh..:p walaupon banyak yang dah tahu ,saja nak share jugak:)

Resepi ni pon bukan terer2 nak reka sendiri..ala2 resepi turun temurun saja..sepupu yang ajar and dia pon belajar dari bos iaitu maksu kami la:) hehe yang best nya my lovely father suka sangat2 ,maklom ja kan air tangan anak sulung gtuh..*ada orang bangga disitu* .Haha


Nak dijadikan cerita, asal nak pergi jalan2 mana2, wajib buat roti john punya la suka kan. Orang ni la jadi mangsa ,oke no hal je asal barang complete ,siap!

Eh panjang pulok ceritanya..ok senang ja sediakan bahan2 :)


1. Bawang putih (3 bijik jew)
2. Lada hitam
3. Rempah kari daging @ ayam 
4. Bawang besar (1 dah cukup)
5. Kentang 
6. Kubis
7. Paling pentang daging @ ayam hancur.


Oke beres suma tu:)

1. Panaskan minyak, pastu tumis bawang putih n lada hitam(eh jgan lupa tumbuk2 dlu tw) ,pastu masukkan b.besar yang dicincang dadu..:)
2. Ha dah wangi2 aroma dy, masukkan air ,rempah agak dah mendidih *eh ayat * paham2 je la eh:) masukkan kentang yg dipotong dadu cute2..
3. Paling penting masukkan daging@ayam hancur..garam jgan lupa secukup rasa.tuggu agak dah cam masak..siap! Boleh mkan*ni bawu inti*

::amek inti td,gaul dgn telur pastu letak dalam kuali ka apa yg leper2 gtuh pastu amek roti letak ats dia::


Dah masak angat n siap!! Hurm nak sedap lagi potong kubis comel2 masukan dlm roti…
Nak lagi meletop picit banyak2 sos cili dgn mayonis ats inti td…gerenti puas makan…tak cukup buat lg…:) kalau kreatif lagi nak tambah pa lagi pon boleh..:) 

peace...heheh Selamat cuba tw:)

Wednesday, 26 June 2013

* my part time patner *

assalamualaikum :) hehe

bila petang-petang menjelma ,mulalah aku nak wat something yang tak boring gtuhh ?satgi bukan boleh sangat tup2.~!! kepala ni mula la nk lentok2 cari bantal kesayangan , paham2 ja la? time sleep di ''malam'' hari .

bila cuti sem bermula.. eh tapi dah penghujung2 cuti sem dah ni, rasa macam bawu kemarin bawu abih final exam , hehe hiperbola la polak. tak lama dah nak continue balik study .,next sem dah masuk 3 ?but lambat lagi nak abihkan degree ,huhu:(  perjalanan harus diteruskan .:) do the best untuk sem baru taw!

hati ini terdetik nak buat 'diary online' cewah berbahasa la pulak. lepas SPM nak tunggu result lambat lagi , so berenjoy2 la kat rumah ni dulu..ha time ni la macam-macam agenda muncul .:) nak buat yang nu la , nak buat yang ni la, pertama create TWITTER account dulu maklom la agak ketiggalan zaman. ya la asyik FACEBOOK jew .nak la benda baru pulak.. tut2 rasa nak buat blog .hurmm pikir punya pikir *macam susah sangat nak buat* hehe tada ~ siap dah buat ,then ha sudah macam mana nak guna pulak ni ? buka serabut la pulak cik blog ni..ok ~! hanyalah hangat-hangat tahi ayam ..

beberapa tahun dah abih foundation , lepas tu sambung degree ha! sambung cerita , awal cuti sem 2 baru2 ni terasa la sangat2 untuk memcreate blog :) hehe ingat nak guna yang lama ja lah..aduh pasward lupa la puloks..huhu apa lagi new la ..ha time ni dah takda istilah hangat2 tahi ayam lagi.proses punya proses sebab time ni dah terlalu obses sangat .


Tada ! finally ,huh penat lelah jugak la nak buat benda alah ni..my prinsip kalau nak sesuatu benda tuh cepat2 usaha dan buat.yes! well done..dah tercipta blog yang tak seberapa ni.hehe ini lah salah satunya rakan part time aku, dulu tulis dalam kertas ja. now nak jugak la merasa taip2 konon. baru aku rasa kadang2 tulis ni ada aura dia tersendiri , ada feel gtuh huh ,stop sini dulu lah mood dah stop hehe ok .:)


Monday, 24 June 2013

^ i really3 rindu kamu sahabatku ^

Assalamualaikum....hehe nak kawan boleh?? 
*ayat2 yang sering tergiang2 di minda teringat zaman2 bermulanya persekolahan apabila perkenalan bermula antara kita:)...::( love u my friends ...*
''ALL MY FRIENDS ... MY BEST FRIENDS''
^^sahabat selamanya^^

..sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepadaku..bukan orang yang hanya membenarkan kata2ku..

..friend is a collection of hearts..ready to give..share n understand..it never fades and never ends..it only reminds us life is not perfect without a friend..

..don't walk in front of me..i maay not follow..don't walk behind me..i may not lead..just walk beside me and be my friend..

..sahabat jika dirasakan permata nilam itu indah ..inikan pula ukhuwah yang terjalin sesama insan..

''when i need ..when i am sad..when i am happy..you always give your hand..give your hug..you are my best friend..''

^^ingat !!~~

carilah sahabat..yang bilamana kita lihat wajahnya teringat kita akan ALLAH..

apabila kita mendengar perbualannya iman kita akan bertambah..

apabila mendampinginya hati kita akan tenang..itulah tanda seorang sahabat sejati..

sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi..mungkin dia akan memberikannya kepadamu..atau kamu membeli daripadanya..atau kamu akan mndapat aroma haruman darinya..

^^berhati2lah ..~

sahabt yang tidak baik diumpama seperti peniup dapur tukang besi..mungkin dia akan membakar pakaianmu..atau dia akan memberi bau busuk darinya..

^^be strong~

selemah-lemah manusia ialah orang tidak dapat mencari sahabat..dan orang yang lbih lemah dari itu ialah orang yang mempunyai sahabat tetapi dia mensia-siakannnya..

UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA..the most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart..


=ya ALLAH ..aku mencintai sahabtku segenap jiwaku..sahabat yg baik adalah yg seiring denganku..dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan matiku..ya ALLAH sahabt aku buah atiku..mesra kami penawar duka..rindu kami menambah cinta,,rajuk kami membuah ceria..amin=


Sunday, 23 June 2013

:: Siapa Muslim? ::

'' aku muslim ''

satu ikrar yang kita akan bawa di hadapan ALLAH pada hari pengadilan kelak..Namun apa yang membuatkan kita muslim? jawapan baginya harus jelas..Kita Muslim kerana kita mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu ialah pesuruh -Nya..

^xckup pengakuan di lidah ,,ia harus seiring dengan keyakinan kita dalam hati dan membuktikan menerusi amalan zahir..


Ingat !! perkataan Muslim atau Islam jangan dibiarkan setakat satu label yang tidak bermakna pada kad pengenalan..Jadikan Islam sebagai identiti diri yang kita banggakan ..setiap kali sebelum tdur ,,rajin2lah bersoal jawab dengan diri sendiri..Tanya hati secara jujur.. :)

''adakah hari ini amalan aku bertambah baik? ''

 '' adakah aku berkelakuan layak sebagai Muslim yang Mukmin? ''

'' adakah aku membuat perkara yg telah mencemarkan islamku? ''

'' adakah ALLAH suka hamba seperti aku? ''

kejutkanlah hati kita yang sedang terlena itu !!~~

orang yang benar-benar mengiginkan ikrarnya sebagai ikrar yang berkualiti pasti dibantu ALLAH..asal ada kemahuan pasti ada jalan..

jom sama2 kita perbaiki diri kita..insyaALLAH.. :)

T.B : aku muslim..


Wednesday, 19 June 2013

^ciptaan hebat,matlamatnya pasti hebat^

Manusia tidak tercipta secara sendiri..tiba-tiba berada dalam rahim..tiba-tiba lahir di muka bumi..manusia tidak dicipta secara tiba-tiba.Manusia dicipta oleh ALLAH Yang Maha Pencipta..

Allah mencipta manusia bukan kerana ALLAH memerlukan manusia .Dia mencipta manusia supaya manusia dapat memakmurkan bumi ini sambil mengenali dan mengagumi segala ciptaan yang ada.Hasilnya,manusia yang berakal dan sedar akan keagungan ciptaan -Nya dengan rasa rendah diri dan penuh kerelaan akan beribadah kepada-Nya..
'' manusia dibekalkan naluri,nafsu dan akal adalah untuk memilih dan menilai''
Apa sahaja perbuatan dan amalan yang kita lakukan @ kita niatkan kerana ALLAH dikira ibadah,selagi mana amalan itu tidak termasuk dalam perkara yang haram.Ibadah manusia itu bukan untuk kepentingan ALLAH ,jesteru sebaliknya.Ibadah adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri..


ALLAH menganugerahkan kemahiran dan kebolehan memilih dan menilai kerana manusia diamanahkan untuk menlaksanakan satu misi besar iaitu memakmurkan bumi ALLAH..

''inilah yang disebut -sebut bahawa manusia adalah khalifah di bumi ALLAH''

^^renungan kita bersama : Aku Muslim~

Wednesday, 12 June 2013

^ teori konspirasi Rothschild yahudi kepercayaan dajjal^


* ternampak buku ni atas meja study my adik.. tiba2 rasa terlintas untuk baca buku ni.. apa yang menarik sgt sampai adik aku kumpul buku2 ni..apa yang diceritakan dalam buku ini sgt menakutkan..ow sekarang bawu aku taw ,merupakan suatu yang tak pernah fikir ..*



'' buku teori konspirasi ini membawa wacana perkaitan sebuah dinasti keluarga paling bahaya dalam dunia sekarang.Rothschild dari permulaan hidup yang sederhana menjadi keluarga  jutawan paling kaya dan terpengaruh seluruh dunia dan memberi tekanan kepada setiap pemimpin berkuasa dunia.hal ini tidak saja terikat dengan wang dan kuasa keluarga berkuasa tetapi iaturut mengaitkan perjanjian yang lebih purba dari tawarikh iaitu Dajjal Laknatullah sendiri.ia bermula tentang seorang lelaki yahudi dari suku Ashkenazi yang mna seluruh keturunannya menguasai dunia sehingga sekarang dari sisi belakang tabir dengan pengaruh dan kekayaan yang luar biasa selama 200 tahun.''

 
Rothschild adalah nama dalam bahasa jerman dan terdiri dari gabungan dua perkataan iaitu Roth dan Schild.Menurut kamus jerman ,Roth bermaksud rambut merah,atau nama gelaran bagi individu lelaki berbangsa yahudi suku Askenazi yg mempunyai rambut merah.manakala dalam kepercayaan  klasik eropah ,Roth adalah gelaran kepada kanak2 hasil sumbang mahram.dalam hujah buku ini, mereka mengambil hujah bahawa Roth bermaksud 'anak sumbang mahram'.

Schild adalah ungkapan dalam kamus jerman yg mmembawa maksud seorang yang hebat yang tinggal dalam sebuah rumah dan orang itu mempunyai tanda2 ketokohan yg tiada tolak bandingnya.jika dteliti pada bunyi ungkapan Schild , bunyinya hampir sama dengan Sayyad atau Said.

Dalam menterjemahkan teori ini ,mereka mengambil hipotesis bahawa maksud nama Schild sebenar merujuk kepada Dajjal yang tinggal dlm sebuah biara yang mana dirinya djumpainya oleh Tamim Ad-Dhari seperti mana yang dikhabarkan dalam hahith riwayat Imam Muslim.

Maka berdasarkan ketetapan takrifan tersebut mereka menyimpulkan bahawa  nama Rothschild sebenarnya bermaksud 'Dajjal si anak haram yang berambut merah yang tinggal dalam sebuah tempat perlindungan' 
 
ok...jommmm terus baca:)



! : Pesanan RASULULLAH Buat Muslimah : !

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah"-Riwayat Muslim
Wanita solehah adalah yang mencurahkan keimanan kepada ALLAH dan Rasul-Nya sepenuh hati.perasaan keimanan itu menyeluruhi ruang hidup sehingga meletakkan ia dalam ruang ketakwaan.


Pesanan Rasulullah kepada yang bernama wanita..:~
  • menjadikan ALLAH dan Rasul sebagai keutamaan.
  • mentaati suami dengan mengasihinya dengan segenap perasaan.
  • menjadikan gerak kerja membawa islam sebagai resepi kejayaan sesebuah masyarakat.
dan banyak lagi....


~usah menjadi Khadijah andai tidak sesempurnanya..~

~usah menjadi Rabiatul Adawiyah andai tidak setia dalam sengsara..~

~usah menjadi sekuat Sarah andai tidak seteguh dirinya..~

~usah menjadi Zulaikha andai kasih tidak setulus hatinya..~

~jadilah dirimu sendiri kerana engkaulah wanita terhebat ciptaan ILLAHI..insyaALLAH..:) 


.::Duhai Wanita::.

Jernih air mata yang mengalir adalah kurniaan penguat jiwa kita bagi yang lemah kan..Kadang2 ketabahan yang di hati kita adalah suatu kekuatan yang dizahirkan melalui setiap nafas2 sendu kita..:)

Hari ini mungkin kita sedang menangis ..jika esok juga kita masih menangis ..insyaALLAH lusa kita peroleh satu anugerah dalam hidup..Sentiasa yakin pada ALLAH ,DIA akan kurniakan satu kisah hidup yang penuh dengan kedamaian buat kita ...

Ingat dan sentiasa pesan pada diri..jangan takut untuk sendiri kerana kita mungkin lebih kuat bila hanya ALLAH yang menemani..indahnya hidup kita kan pada waktu itu..:)

Lihatlah dan sentiasalah berpandangan jauh..dunia wanita penuh halangan dan ujian..namun biar sekuat manapun kita diuji ..kuatkan lah dirimu..mengalah jangan sekali! Buanglah lah segala sifat dan perasaan yang mampu membuat kita kecewa kerana kita tidak keseorangan..


Ya ..ALLAH ada untuk kita..mengadulah kepadanya..:) be strong..:..


Tuesday, 11 June 2013

.: jagalah hati mereka yg kamu sayang:.



so bagaimana nak menghargai perasaan orang lain? 

Mengapa perlunya menghargai perasaan orang lain? Persoalan ini akan terjawab apabila kita menanyakan kembali soalan itu kepada diri sendiri dalam bentuk soalan "MENGAPA PERLU MENJAGA PERASAAN SENDIRI?". Dalam konsep "HABLIM MIN-ANNAS" telah jelas disitu akan maksudnya bahawa kita perlu menjaha hubungan sesama manusia selain menjaga hubungan dengan MAha PEncipta (Hablum Min-Allah).

 PErlunya menjaga perasaan orang lain sama pentingnya menjaga perasaan sendiri, kerana Allah SWT telah menjadikan naluri manusia itu suka akan penghargaan, pujian dan kelembutan tutur kata.

Sebagaimana Firman Allah:
"Maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu wahai Muhammad engkau telah bersifat lemah lembut kepada mereka sahabat-sahabt dan pengikutmu dan kalaulah engkau bersifat kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu'. (Surah Ali-Imran ayat 159).

Penghargaan kepada perasaan orang lain tidak bermakna perlu bersetuju dengan apa yang diucapkan. Bersetuju melibatkan fakta samada apa yang dikatakan itu benar atau salah. Manakal menghargai pula melibatkan emosi dan perasaan, ia adalah dua perkara yang berbeza. Kita haruslah berhati-hati dalam menggunakan kedua-dua cara ini dalam satu masa, kerana masalah mungkin akan timbul akibat campur adauk ini.

Menghargai perasaan orang lain boleh berlaku dengan cara kita mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang diceritakan kepada kita dan kita menyelami perasaan orang yang sedang berkata-kata itu.. Selain itu, cara yang paling mudah adalah dengan diam, mengangguk dan melihat ke wajahnya semsa dia sedang berkata-kata. Juga, kita boleh menggunakan komen-komen neutral yang biasa digunakan seperti 'ya betul', 'ok', 'oh, begitu' dan sebagainya. Komen neutral ini akan mendorong orang yang sedang bercakap supaya terus bercakap meluahkan masalahnya sehingga kesusahannya hilang dan dia berasa dihargai kerana ada insan yang sudi mendengar keluhan dan keresahannya..

c&p..