clik SINI
Tuesday, 11 June 2013
.: jagalah hati mereka yg kamu sayang:.
so bagaimana nak menghargai perasaan orang lain?
Mengapa perlunya menghargai perasaan orang lain? Persoalan ini akan terjawab apabila kita menanyakan kembali soalan itu kepada diri sendiri dalam bentuk soalan "MENGAPA PERLU MENJAGA PERASAAN SENDIRI?". Dalam konsep "HABLIM MIN-ANNAS" telah jelas disitu akan maksudnya bahawa kita perlu menjaha hubungan sesama manusia selain menjaga hubungan dengan MAha PEncipta (Hablum Min-Allah).
PErlunya menjaga perasaan orang lain sama pentingnya menjaga perasaan sendiri, kerana Allah SWT telah menjadikan naluri manusia itu suka akan penghargaan, pujian dan kelembutan tutur kata.
Sebagaimana Firman Allah:
"Maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu wahai Muhammad engkau telah bersifat lemah lembut kepada mereka sahabat-sahabt dan pengikutmu dan kalaulah engkau bersifat kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu'. (Surah Ali-Imran ayat 159).
Penghargaan kepada perasaan orang lain tidak bermakna perlu bersetuju dengan apa yang diucapkan. Bersetuju melibatkan fakta samada apa yang dikatakan itu benar atau salah. Manakal menghargai pula melibatkan emosi dan perasaan, ia adalah dua perkara yang berbeza. Kita haruslah berhati-hati dalam menggunakan kedua-dua cara ini dalam satu masa, kerana masalah mungkin akan timbul akibat campur adauk ini.
Menghargai perasaan orang lain boleh berlaku dengan cara kita mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang diceritakan kepada kita dan kita menyelami perasaan orang yang sedang berkata-kata itu.. Selain itu, cara yang paling mudah adalah dengan diam, mengangguk dan melihat ke wajahnya semsa dia sedang berkata-kata. Juga, kita boleh menggunakan komen-komen neutral yang biasa digunakan seperti 'ya betul', 'ok', 'oh, begitu' dan sebagainya. Komen neutral ini akan mendorong orang yang sedang bercakap supaya terus bercakap meluahkan masalahnya sehingga kesusahannya hilang dan dia berasa dihargai kerana ada insan yang sudi mendengar keluhan dan keresahannya..
c&p..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
! (^)_(^) ..jangan malu2 komen eh..temakaseh :)