clik SINI

Wednesday, 19 June 2013

^ciptaan hebat,matlamatnya pasti hebat^

Manusia tidak tercipta secara sendiri..tiba-tiba berada dalam rahim..tiba-tiba lahir di muka bumi..manusia tidak dicipta secara tiba-tiba.Manusia dicipta oleh ALLAH Yang Maha Pencipta..

Allah mencipta manusia bukan kerana ALLAH memerlukan manusia .Dia mencipta manusia supaya manusia dapat memakmurkan bumi ini sambil mengenali dan mengagumi segala ciptaan yang ada.Hasilnya,manusia yang berakal dan sedar akan keagungan ciptaan -Nya dengan rasa rendah diri dan penuh kerelaan akan beribadah kepada-Nya..
'' manusia dibekalkan naluri,nafsu dan akal adalah untuk memilih dan menilai''
Apa sahaja perbuatan dan amalan yang kita lakukan @ kita niatkan kerana ALLAH dikira ibadah,selagi mana amalan itu tidak termasuk dalam perkara yang haram.Ibadah manusia itu bukan untuk kepentingan ALLAH ,jesteru sebaliknya.Ibadah adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri..


ALLAH menganugerahkan kemahiran dan kebolehan memilih dan menilai kerana manusia diamanahkan untuk menlaksanakan satu misi besar iaitu memakmurkan bumi ALLAH..

''inilah yang disebut -sebut bahawa manusia adalah khalifah di bumi ALLAH''

^^renungan kita bersama : Aku Muslim~

No comments:

Post a Comment

! (^)_(^) ..jangan malu2 komen eh..temakaseh :)