clik SINI

Tuesday, 20 May 2014

^^Happy teachers day^^


Haha assalamualaikum..

Eh sekarang dah berapa tarikh masihinya rasa 20 mei 2014 sudah..hari guru bila? Bukan 16 mei 2014 kah?haha ya2 betul lah tu.. tak rasa terlewat sangatkah nk wish ni ..hahaha ish3 memang betuah anak murid macam aku nih..hehe

Sebelum tuh kemarin 19.5.2014 takziah kepada toklang sekeluarga..semoga tabah dan redho atas ujian ini.. semoga ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh..amin alfatihah

Happy teachers day..
selamat hari guru..


Eh, lupa sudah temanya.. *ketuk kepala* kikiki yang pasti ada kreatif ada inovatif~


Alah aku bukan lupa pun.. haha cuma lambat wish dalam blog ja..sebab laman2 sosial yang lain rasa lagi copat kot *cuba menganak tirikan cik b* ampun ya.. lambat sangatkah nak update..tuannye nya malas tu punca utama sebenarnya..haha cuma aku sekarang kurang mood terhadap untuk membuka laptop *ayat bm jenis apa aku guna nih* ==° makanya blog aku tergendala buat sementara waktu *ni pun aku ambik mood terus menerus dari phone je*

ok dah2 la bebel tu izzah.. aku kat sini nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru2 kat dunia ni..haha hamik kau overall okeyh:) specialnya dituju kepada semua cikgu2 yang pernah ajar izzah..thank you so much..

Tadika limbong kapal..6 tahun
Sek keb kuala lanjut.. darjah 1
sek keb darul hikmah..darjah 2-6
sek men keb agama yan form1-5 
Kolej universiti insaniah..now


Hehe jasa mu selalu dikenang tak lupa juga kepada mak ..mak2 menakan..selamat hari guru je.. selamat hari ibu juga..setiap hari adalah hari ibu dan hari guru...love u till jannah ~

Friday, 16 May 2014

^^ english in our heart ^^


assalamualaikum semua dan selamat pagi :)

alhamdulillah kita masih diberi kesempatan bernafas untuk melihat keindahan dunia dan kebesaran Tuhan yang sememangnya tiada tandingan , so sementara masih lagi diberi kesempatan buatlah sebaik mungkin buat bekalan menuju ke sana *macam dah ucapan tazkirah subuh pulak pagi nih* hehe:)

practise make perfect ,insyaALLAH yak! hwaiting ..

sejak dua menjak ni tak abih2 dengan slogan aku tu haha aku pun lupa mana aku celop , yang pasti maksud dia buat aku tertawan haha *cewahh* macam jatuh hati kat buah hati *eh? buah hati?setahu aku kat dunia ni ada ka pokok buah hati ni , err fikir panjang....* haha ofkos lah ada pokok ni dia tak hidup atas tanah , yang uniknya dia selalu hidup dalam badan manusia ..haha acena tuh? *paham2 lah sendiri ye anta anti antum2 sekalian mesti pro lah bab ni* karang aku explain one by one terlajak makna pulak tak ke lari soalan :) 

haha ok! seperti biasa , seperti sedia maklum saja lah muqaddimah aku memang macam ni , aku pun tak pasti ubat jenis apa dapat bendung daripada melalut yang tak pernah ada titik akhir..
haih ==' maaf ya teman2 sekalian ampun bangat dong *bila aura bibik mula menular*..

ce tengok tajuk setahu aku lah yang fans sangat dengan korea ni *korea tak abih2* ni pun satu lagi gejala yang tak pasti penawar apa boleh kasi sembuh ..hehe :) 
eh sambung2 hasil daripada penyelidikan aku dalam drama2 ni lah kan *almaklum saja lah bila propeser buat penyelidikan*  hehe ingat drama korea saja boleh buat tajuk autumn in my heart , so aku pun geledah lah makmal *otak* serbaguna aku nih , hasil campuran o.8zink oxide+sulphuric acid+ o.2 oxygen maka terhasillah E1ioh2 = 'english in our heart' haha *ni lah akibat study kimia sampai form 5 saja*:)

ok ni hasil permintaan sahabat kesayangan aku suruh buat cerita and suka duka dalam kelas english lah kan..maka pagi yang mulia ni aku akan tunaikan..

ok! *pejam mata ambik mood flashback balik memory*
*throwback throwback throwback*

emm pejam celik pejam celik dah 2 sem kami semua dengan class english ni , masih english yang sama macam mana pulak tu? maksud aku sem 3 kami study tentang english specific purpose and sem 4  reading writing *memang berbeza tapi induk utama dia tak ke dari english jugak* yang paling utama masih dengan sir yang sama ..hehe :) yeayy!! 

cerita pasal class 'esp' ni pernah aku abadi dalam entry2 sebelum ni so aku pendekkan sikit jalan penceritaan dia , haha mula dari situ perjalanan kami dengan sir , sebab time foundation kami ambik dengan miss so sem lepas kami bertukar angin le pulok kan kekonon ada aura baru
*hah merapu aku ni* haha ok! kak telah suggest kami masuk class sir , time nak register kos tanya lah pendapat2 kakak2 senior mana lagi better mana yang tak shadid markah mana yang best itu ni... itu juga memainkan peranan penting ya! haha DONE!

sebelum ni macam2 cerita aku dengar sampai2 ada yang tak tak berani nak masuk class sir *terfikir napa eh? * haha ya! itu sebab pepatah selalu mengatakan tak kenal maka tak cinta *jangan paham kot len nah* :) maksud kat sini cuba dulu ,jangan cakap saja , manusia ni berbeza2 pendapat tak semua kita sama , ada otak kiri ada berkelebihan otak kanan tapi bila kita combine and make it together everything akan sempurna yalah walaupun hakikatnya kita tahu setiap manusia Allah jadikan ada kelebihan ada kekurangan dia , so jadikan setiap kelebihan dan kekuranagan yang kita ada tu untuk jadi yang terbaik ,insyaAllah boleh :) kekuatan doa seiring ya..

hehe ni zaman pra sejarah paliolitik , last class esp :) haha

time class esp memang kami geng 3 sekawan (aku ,una ,k.kinah) kami belajar dibarisan hadapan ..hehe :) setahu aku dulu2 memang tak lah aku nak duduk depan sekali jangan harap tapi dalam class sir eh boleh pulak tak ke pelik tu? itu dinamakan transformasi negara eh jap tansformasi diri lah :) 

ok ! back tu class reading and writing sem 4 pulak ye , hasil kejayaan kami mengharungi detik2 bersejarah dalam class esp dulu so sem ni kami mengambil keputusan untuk stay dengan sir lagi , hahah dan geng kami bertambah ke lima orang so geng lima sekawan lah pulak dalam kelas ni hasil pujuk rayu dan hasutan kami bertiga welcome (syahidah and nabilah) lai3~

haha ni lah geng 3 sekawan time zaman pra sejarah mesolitik haha *malam last esp class*

ya tempat kami masih sama , masih di barisan hadapan masih tak goyah *pergh hiperbola tahap infinity nih* tetapi untuk sem ni kami ada imam yang mengetuai barisan hadapan kami ,syahidah namanya haha:) minta izin mengumpat sikit nah syahidah , cop 'imam' tu pun sir yang kasi dia :) sorang2 dia kesian ....... belakang diikuti makmunnya *aku ,una , kak, dan nab* haha sayang hampa weyhh banyak kot kenangan dalam kelas tuh ..huhuhu yang sodih ade yang gumbira lagi lah ada :)

nah ini dia imam kami ..haha tak ke imam namanya tu sesorang dia ja kat depan :) *maaf syidah*

cerita ni aku macam kabur2 sikit sebab berlaku awal sem tak silap kelas kedua or ketiga tak hengat plak ,pernah sekali sir panggil volunteer nak baca kat depan yalah nama pun class 'reading' writing makanya practise dalam membaca haruslah ..but pendekkan cerita nobody tak nak baca ,ini memang cari nahas huhu apa lagi melenting lah sir ,tapi semarah2 sir sempat lagi bagi kata-kata motivate *ya itulah sir kami* tapi sir kata lepas ni buat keja dalam buku ja , buat bincang jawapan ,buat bincang jawapan huhu sebab sebelum ni emm aku tak pandai lah nak cerita aduh *kelemahan aku disitu* pokoknya sir bukan jenis macam tu lah, sir lebih kepada benda visual otak kanan , ha macam tu lah contoh dalam kelas wajib ada presentation sebab dari situ sir boleh tengok kita secara visual kita punya hasil kalau tulis ja sapa pun boleh ntah main cedok makcik google je rasa..hehe kan3???? pastu sir terus keluar..tergamam lah kami buat sementara waktu huhu ..

ya setiap janjinya pasti dikotakan , next klas memang sir buat apa yang dia cakap lah, makanya aku dan kawan2 sangat tidak seronok dalam situasi tu ..*whuaaa tidak :( * kami nak sir yang dulu ..hehe tu lah pandai cari nahas pepandailah jugak hadapi ye kengkawan ..tapi we kenal sir kami camna sat je camtu lastly he comeback to normal *yaeay !!* haha apapun kelas kami tetap dianak tirikan hehe :) btw ok asalkan sir terima kami macam dulu lagi :) sampailah penghujung sem kami terus setia menerima segala ilmu yang sir ajar , hope result keluar nanti result kita gempak2 ya kengkawan semua :) amin


eh kelas kami mengadap tempat parking haha masuk kelas tengok keta sir dulu kalau tak datang lagi ha mula lah geng 5 sekawan ni mulakan gossip girlsz mereka ambik semangat katakan..haha dah nampak keta vios kelabu parking , dengan semangatnya dengan kalutnya *weyh2 diam2 sir mai dah ,terus belakon jadi budak baik*hehe itu normal lah kan..

Nakalnya kami memang sangat dikenali Lari-lari panjat almarisemua budak pun kami bulikerja sekolah semua kami tak peduli
Tapi bila hadirnya cikgu Duduk diam tak bersuara, tak berlagu,Tak jemu-jemu kongsikan ilmuItulah memori yang sangat kami rindu

eh lupa bagitaw *sir kata kelas kami yang terbaik antara kelas yang pernah sir ajar,alhamdulillah :) * pepandai ja aku nih , tapi betul lah sir yang bagitaw sendiri dekat salah seorang teman kami..hehe

ha nak cerita jugak2..hehe last kelas haritu aduh una lah nih aku jugak mangsa menuju medan hadapan dihadapan khalayak ramai*kawan2 je pun* ,sebelum last kelas sir yang terakhir sem ni ,sir mintak wakil lelaki dan perempuan lah bagi ucapan ape pon xpe ,makanya disitu akulah mangsanya bagi pihak perempuan btw hehe takpe aku tak kisah dengan over nervousnya 
*memang penyakit kritikal aku yang tak dapat nak dihindarkan sejak azali lagi* haha aku pun bla2..bla2 lah kat depan tuh..

hahaha tara ! zaman moden 2014 dah beranak jadi 5 sekawan :) reading writing class :) haha

kami : sir nak ambik gambar boleh ?
sir : eh korang ni tak abis2 nak ambik gambar ..sem lpas pun dah ambik gambar ..
*maafkan kami sir kami memang begini*

asal memang aku buat siap sedia skrip ,siap hafal lagi ,skrip dalam bi lagi tuh ..tup3 sir kata bm pun tak pe memang tanpa aku berfikir panjang bm lah aku belasah..haha dah jenis tengah over nervous ni memang tak dan lah nak fikir kreatif lagi inovatif cekk~~ 

terima kasih sebab sudi ajar kami dan beri kami banyak sangat ilmu , maaf atas kesalahan yang pernah kami lakukan sepanjang perjalanan mengharungi kelas reading writing nih , harap sir sentiasa doakan kejayaan anak2 didik sir , banyak sangat ilmu yang kami dapat , yang penting banyak perubahan improvement berlaku dalam diri kami contohnya berani untuk cakap kat depan ,keyakinan kami bertambah hari demi hari , dan banyak lagi lah infinity sangat !!

yang paling3 penting haha suka bila sir comment dan kritik , memang agak spontan dan 'unik' disitu ya kalau yang tak kuat iman memang air mata meleh lah tetambah perempuan yang cepat feeling bagai nih..so kuatkan mental disitu , *aku rasa sebab tu kot orang takut masuk kelas sir* aku rasa biasa lah tu , aku sendiri pun dah kena memang taksah kalau tak kena kan , hehe tak dapat nak dinafi power memang mantap..haha nasib aku jenis tabah sebenarnya dari situ kita boleh tahu macam nama diri kita and langkah seterusnya ubah kearah lebih baik..bayangkan takdak siapa kritik kita , kekonon anggap diri kita ni hebat lah kan padahal hurmmm ..memang personaliti hebat tuh jauh lagi lah agaknya..huhu

sem depan untuk public speaking ......*masih dalam perancangan* huhu sir dah siap bagi warning kat kami ,hehe sem depan dia cakap taknak tengok muka kami dah dalam kelas dia..haha setiap sem muka sama ja..kikiki rindu ampa sem depan kita 5 lagi nah , kita bergabung meletup hahah..susah senang ,kita harung sama2 ,gosip sama2 ,mengumpat sama2 *aih ish3 astagfirullah...* hehehe yang penting kita berjaya sama2 juga ..sama jugak to all my frend yang pernah kenai diri ni , all my frend is my best frend ,forever until jannah amin :)


sir ada prinsip dia tersendiri , aku sendiri kagum cara dia mengajar , lain dari yang lainlah haha akibat aku bukan yang jenis pandai mentafsir orang pokoknya ada something specel lah :) ha gituh senang cerita ..kalau dia bagi motivate memang membakar semangat :) thank you a lot , setiap ilmu yang sir bagi akan kami guna sebaik mungkin , jasa dan tunjuk ajar sir sangat bermakna bagi kami huhu *we love u sir* tak terbalas jasanya, insyaAllah kejayaan daripada kami semua adalah hadiah kami kepada sir, insyaALLAH *maaflah terbelit-belit ayat nih* haih ==' tetiba feeling2 pulak kat sini huhu

Sacrifice is greater than lovecharacter is greater than beautyhumanity is greater than wealthBUTnothing is greater than a teacher

ha sempena 16 mei ni kan hari guru tak terlambat lagi nak ucap kan, bahkan terawal pulak, selamat hari guru sir ,eh silap2 selamat hari pensyarah sir ..:) untuk guru2 dan pensyarah yang lain nanti izzah buat etry baru pulak ye~~hehe love u all :)

Mak cakap CIKGU macam MAGEE, makanan rutin 'time' susah,Ayah cakap CIKGU macam D'SEEKERS, menakutkan...Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada...Tapi...saya cakap CIKGU macam L'OREAL kerana dirimu begitu berharga!SELAMAT HARI GURU... Guru Pembina Negara Bangsa

 

hamik kau panjang lebar,mula otak macam kering jugak lah nak tulis apa, bila dah tulis memang dunia ja yang ingat kat aku nih..hehehe maaf andai tersalah tulis termengarut bahasa..huhu nak ja tulis bebanyak lagi pikir balik..eh kang dapat award book of record plak sempena entry terpanjang di dunia..haha 

ok lah see u next time :) 



Tuesday, 13 May 2014

*Misi ddeokbokki*


assalamualaikum hahaha:)

eh2 apasal tetiba mula dengan gelak ni..rasa2 macam takde benda yang lawaknya kan..
memang aku rasa kalau ada award post bulanan paling banyak lah kan..gerenti untuk bulan mei ni jatuh kepada blog tuan punya diri lah *bangga jap* sudah jangan hareppp ..haha kalau ya pun award untuk blog ni ja lah tu pun aku yang appreciate sorang2 *syiok sendiri* =='

ha sudah ,hahaha ok kali ni aku buat misi ting tong lah aka bila tiada orang dirumah seperti biasalah yang sedia maklumlah ye hobi aku kan mengarot so tang ting tong la aku selongkar dapur..hihi sebenarnya mungkin lah aku ni berjiwa kearah memasak normal lah tu perempuan kan masak memang tak dapat nak dipisahkan ..

*bak kata mak aku, setinggi mana pun kita belajar sepandai mana pun tahap level kita ..masak tu is important pada orang2 perempuan nih, dapur juga last2 dia kena mengadap* nak pikat suami salah satunya lah kenalah ikat perut dia dengan skill masak pro kita nih ..tak gituh?? *haha wah2 melebih2 dah ni* ini pendapat mak aku lah but i really2 agree lah 100% ,pendapat orang kan berbeza2 mungkin taksama..:)

ha tetiba teringat cerita hindustan kot yang sabtu petang kelmari 10.5.2014 tajuk apa ntah tak silap ''english winglish'' apa aku mengarut nih tapi lebih kurang camtu lah..huhu dia kata , perempuan ni kalau masak is tanggungjawab ,kalau lelaki masak ni is art ? so pendapat korang? hape ntah lelaki tu balas lupa pulak..hehe :)

aduhhh , maaf tak masuk tajuk lagi ampun... korang nak tahu apa misi yang tertong2 sangat tuh ,makanan masuk tong sampah la jawabnya so apa masalah dia? huhu tu je pun aku nak cerita ..ni start cuti sem haritulah plan aku punya lah banyak salah satunya ha misi nak masak ..nak tahu aku masak apa tara....ddeokbokki tu...wow! daebak mashitaaa!  pernah dengar tak, ni kalau yang terlebih fanatik korea wajib tahu kan2..

hehe tu pun aku geledah makcik google yang cekap dalam segala ni jalah just tekan nak carik apa ..semua ada pakej lengkap so aku sarankan gunalah peluang yang makcik google ada nih ..,aku nak reka sendiri memang tak lah silap2 terjadi lasagna pulak aduh tu pun ok sodap jugak..hehe next time ye! wait~ 

akibat bahan2 yang wajib digunakan tak sempat pergi geledah kedai so aku kasi geledah dapur seludup2 jalah mana ingredient yang available dengan apa yang aku nak buat ni..so pendekkan cerita aku guna bahan harus sajalah disebabkan masalah bahan wajib tiada..kikiki ^___^ memang pro abis lah *tabik hormat*

yak! hahaha hasil aku geledah semak samun sorang2 ni lah hasil dia, opsss lupa ddeokbokki ni makanan korea asai dia dari sticky rice disebabkan takdak dan kalau kat kedai punya , keraguan tentang kehalalan dia pun muskilah kabiroh *ada ja yang halal tapi aku tak pandai servay* so aku gunakan kepakaran dan skill yang aku ada , fresh ayaq tangan nihh*kedahan*


ni korea punya cerita lah pengaruh besar aku yalah takkan hindustan punya cerita kan..haha macam sedap ja macam yummy ja depa makan jadinya aku mengambil keputusan nak try lah..haha not bad lah rasa dia ,paham2 lah kan bila olah sendiri nih hundred percent original rasa tuh kurang sikit lah btw okeyh lah ..last2 aku sorang nak makan tak abih akibat tamak berlebihan..orang tamak selalu rugi =='

nah amik rasa , nampak pelik sikit lah sebab aku wat versi tak cukup kuah hahah.. 


hasil komentar pak menakan aku nah hamik kau kebabom !! makcik aku punya kerja la nih , dia pergi send kat wazzup aduh malu aku , sah2 kena komen terang-terangan apasal macam cacing ~ terbantut aku..hahah 

ok see next time :)



















~Segmen Blog Review~


assalamualaikum :)

jom lah join ramai2 :) 

50 yang terawal akan direview blog taw :)


Monday, 12 May 2014

~Segmen Blogger Aktif~


Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 insyallah


klik banner untuk join the community :D 

good luck !




Sunday, 11 May 2014

~ The Liebster Award ~


assalamualaikum :) hihi 


eh logo apa pulak ni comey lagi tu yang penting pink..haha?? alhamdulillah rupanya izzah dapat award lah baru ja mimpi2 ngidam2 nak dapat award haha ..The Liebster Award lagi tuh , thanks sesangat ''Cik Oren'' sudi nominate izzah dalam award ni walaupun award ni tak lah segrand Anugerah Juara Lagu takpun Anugerah Bintang Popular kan rasanya tapi award ni boleh kita kenal-kenalan dan kongsi cerita2 kita jugak kan :) 

terkejut jugak mula2 check shout box , eh award? *terpikir2 buat sementara waktu* tanpa buang masa geledah lah ke blog Cik Oren hehe owhh ni lah awardnya :) btw lagi sekali terima kasih banyak2..izzah pun baru je menjengah ke alam blog banyak lagi ilmu tentang blog masih zero~ hihi hope kita sesama pergi kearah yang lebih menggapai bintang..haha insyaALLAH 
*ok stop mengarut*

Rules:  Official Rules Liebster Award   
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog
  • Answer the question asked
  • Nominated 11 other bloggers with a smaller following but with a lots of potential
  • Create 11 of your own question for them to answer
  • Notify your nominate 

ni lah jawapan izzah soalan2 yang telah dikemukan oleh cik oren kepada izzah , hope kita dapat kongsi something sesama ye :)

1. Your date of birth - it's ok if you don't want to mention the year
tanggal 15 november 1993 , tepat jam 10.30 malam bermulah kehidupan baru kepada ayah dan mak dengan kehadiran orang ketiga iaitu izzah lah , izzah anak sulung *eh lari soalan* haha maaf..

2. What kind of book do you like to read?
ha cakap bab buku , izzah really like it , buku ja suka membacanya ?? ofkos la minat jugak kan , pantang jumpak buku best2 hot seller tak kisah genre apa grab saja.. haha nampak sangat tamak disitu btw izzah berkelebihan kearah buku motivate lah novel suku time je kot hehe , kadang2 banyak yang cabaran dalam dunia bergelar student ni :) so harus kuat tempuh kan bangun jatuh tu perkara biasa :) diri tabah dan usaha tinggi insyaAllah everything okeys yang penting diri kita dengan Sang Pencipta harus be main point ! 

3. Who is your favorite author?  
hilal asyraf , prof Dr muhaya suka sangat penulisan diorang..deep sangat ~

4. What do you like to share in your blog? 
 haha , cakap pasal ni izzah suka share story2 tentang daily life yang pernah alami , tak kisah best ke tak asal boleh abadi dalam blog , sampai satu masa boleh baca dan boleh scan ketidak-matangan dalam menulis hehe kadang2 tu motivate tu ada lah jugak basicnya lebih kepada kehidupan seharian..

5. Your favorite bloggers.
seriusslly and honestllyy blogger yang jadi feveret izzah blog irine nadia , blog fatinliyana , dan lain2 lagi lah..awesome diorang punya blog ..ni lah role icon izzah dalam dunia blog nih , best sesangat blog diaorang memang tak sah lah kalau sehari tak skodeng ..punyalah fanatik kan , teringin sangat nak jumpak blogger awesome nih :)

6. Your hobby.
hahaha cakap pasal hobi , tara hobi yang jarang sekali digunapakai oleh masyarakat memang sempoi habis lah, tak pasti hobi yang tetap apa ,*nampak sangat tak tetap pendirian kan , my hobby is mengarut ..haha *cubit pipi* tak abih2 dengan mengarut.. ya! kadang2 benda camnilah buat kita happy tapi janganlah sampai jadi lagha pulak kan , pandai2 la kita servive diri kita ,mengarut is something yang luas banyak bidang not dalam satu scop ja , izzah suka mereka cipta masakan yang entah apa2 but daebak ! haha ha berblogging jugak salah satunya ya correct i really like it ~

7. What's your activity during weekend? 
cakap pasal aktiviti hujng minggu nih, apa eh yang specel ? makan tidur makan tidur kikiki takdaklah izzah selalu abiskan masa tengok movie kalau berhujung minggu dekat kolej lah nak hilangkan stress *ish3* kalau rumah plak macam biasa lah bibik separuh masa agaknya hahaha  

8. Your favorite food. 
bagi izzah semua jenis makanan adalah feveret izzah asal halal sedap mulut ni terimanya seadanya..haha makan adalah perkara paling seronok ! haha sampai satu tahap izzah harus kurangkan makan..hihi tapi feveret tekak izzah rasanya mostly lebih kepada tradisional moden masakan..dah macam tema wedding pulak..yang penting masakan ibu adalah segala-galanya~ 

9. Do you play any music instruments?
emm memang tak lah kot sebab aku kurang minat benda2 alah muzik nih ..huhu tak tahu napa tapi memang camtulah ..music dengan izzah memang tidak sebati :( 

10. Your favorite artist. 
haha suka song ji hyo ..yak !! *kasi lagu angry bird sikit* haha disebabkan setiap minggu izzah mengadap reality show ni memang taksah lah tak jatuh hati , suka cara dia yang blur spontan..hihi ha artist baru yang izzah minat sangat sekarang marian rivera gracia :) temptation of wife ~ 

11. What's your opinion about this blog? 
 mula2 terjah masuk blog ni oh basic nampak colour oren , and tengok nama pun cik oren so intersting and nice and awesome blog.. nampak yang penting lagu ni best ! salah satu feveret izzah jugak ..:) keseluruhannya izzah rasa blog ni mampu pergi jauh insyaALLAH..hehehe maaf andai banyak terlari soalan ~

hehe kepada yang ditag oleh izzah jangan stress2 ye ,kalau sudi jawab lah ..hehe terimakasih:) 
just for sharing ~ yang telah ditag pun kalau sudi lagi terima award ni dengan berbesar hati izzah menerima :) 


ha nah ni soalan2 nya , hehe selamat menjawab , jawapan bebas dan jangan lupa taw tinggal link post anda dekat kotak komen ok :) sharing is caring sometime sharing is loving hehehe ^^_^^

1. where are you study ?
2. what do you think special about yourself ?
3. why you start blogging ?
4. what country that you really want to travel and why ?
5. what favourite movie you like to watch ?
6. what your personal vision in your life ?
7. who the best role model in your life ?
8. what your hobby ?
9. what things that you really hate ?
10. who are your the favourite blogger ?
11. what do you think about my blog and give me same tips to improve it ^^?


Friday, 9 May 2014

* welcome new baby*


assalamualaikum semua :)

semoga hari2 kita diberkati olehNya insyaAllah :)

ok kali ni aku terus nak straight to the point tapi sebelum tu aku nak mulakan mukhaddimah denagan......

horeeeeeyyyyy!! alhamdulillah bersyukur sebabnye kan kita dah jadi aunty2 gituh..haha eh ? nampak macam tua ja bila panggey unty2 ni ok! aku nak rasmikan sendirilah apa eh yang sesuai nak tukar status unty tuh *fikir lama2* ha apa kata 'acu izzah' lah ,haha lagi lah peliksnya jelas terpancar tapi ok lah dari unty bagai tuh..haha

'acu' ni ala2 maksu lah kira status ni sesuai untuk tang paling muda lah *hahaha* , sesuai la kot lagipun dalam rumahsewa tuh aku yang paling bongsu tarikh lahirnya ,kiranya aku lah paling muda ok! izzah2 stop mengarot ..btw betol okeyh ..:) first kakak paling tua (kak yana) second kakak (kak pina) dan yang ketiga (una) and then aku lah..haha tak ke sesuai and available tuh.. amik lah nak sangat kan ..

alhamdulillah lagi sekali lah sebab pada 30.april.2014 yang lalu ,lupa pulak nak tanya details2 pukul berapa baby keluar..takpe asal semuanya selamat dan yang penting sihat ..amin :) 

kak kite selamat melahirkan baby boy ,terkejut ada mesej masuk tengahari tuh suami kak mesej aku kata kak selamat bersalin dah ,ya Allah gembira nasib aku boleh kawal lagi tidak sah2 aku kena cop macam kera kena belacan haha ,eh sat2 sejak bila aku punya kakak setahu aku , i'm the anak sulung kan? *eh maksudnya kakak yang merangkap dalam rumahsewa lah*


selamat datang kedunia baby Che Muhammad Aqil Rifqi bin Che Sobri ,jadi anak yang soleh taw ,jadi anak yang menjadi kebanggaan family , semoga berjaya didunia dan akhirat ,sihat2 selalu insyaALLAH amin :) jadi good boy taw !

haha yang seronoknya yes! betol tekaan kami yang kak bakal dapat baby boy ni..hehe biasalah kami berempat dalam rumah tuh prof2 terkemuka ,so perkara biasalah bila kami dapat membuat imbasan bahawasanya kakak kami sorang ni bakal lahir baby boy nanti ,haha see now! betol kan.. berdasarkan keadaan mamanya dahulu kikiki~~ *adalah petua2 sikit*

maaf lah ye baby dulu kami selalu buli mama awak ye..time awak dalam perut mama awak pun kiteorang buli2 dia..hihi *takdapat lupa pasai inai bentuk love* eh lupa dulu kita cari nama jugak uwais hakimi rasanya hehe tapi takjadi pilihan takpe2 next pulak taw , kakak mohon request permintaan kami :) ok dah lah ..haha nanti melebih termengarut pulak :)



tengok kegembiraan terserlah lagi bersuluh dari unty sowang nih..hahaha siap nak picit bagai..kalau depan mata pasan lebam pipi aqil..haha :P

~~ entry ni specel punya ye buat aqil ~~


^^ bibik ?? ^^


assalamualaikum 
blogger2 awesome semua , salam jumaat *eh rasa tak terlambat lagi kot* :)

hehe memang keyboard ni pun nak pengsan penat 24 jam asyik ditekan2 rasanya, macam aku *eh kadang2 sering konfius jugak penggunaan kata ganti nama dalam blog ni ,nak guna apa nama ka kata ganti diri pertama or dua or tiga kah?* last aku buat keputusan ikut sedap hati dan tangan nilah nak letak apa, tak kisah kan? :) 

hehe selagi boleh berblog sampai muntah dan selagi idea berjalan selagi mampu mengadap benda alah ni selagi tu lah luvizzda.blogspot.com ni akan muncul haha ..tapi terfikir jugak ada orangkah yang mahu klik dan membacanya? ==. *syiok2 sendiri pun boleh lah* eh tak kisah asalkan cerita2 ni boleh aku abadikan dan sampai one time boleh aku gelak golek2 sorang2 baca semua benda mengarut yang pernah ditulis kekeke..

semua tulis ni dari hati taw , mana pernah aku tulis secara suara keluar..haha *paham? * sapa2 yang alami situasi macam aku ni paham lah kan..haha rasanya 99.999% *hamik kau terover dah* memang semuanya dari hati ..kan3?? setiap manusia ada cara tersendiri..

hah kan aku memang lemah kalau bab2 muqaddimah dalam blog ni ,memang taksah kalau tak keluar tajuk ,aish *ketuk kepala* 

yeay ! bibik ?? *apasal aku gembira nih? makayah aku ambik bibik kah buat kemas masak bagai kat rumah ? kalau jawapan itu memang tak lah jangan hareep ..hehe bibik tu sekarang tengah seronok bercuti sem kat rumah kitaorang sekarang ,aku lah manusia paling gumbira dengan kehadiran dia,gembira sangat ~~ lalala 
*sambil dengar lagu fatin : dia dia dia *

 pernah dengar ? ok certita pasal lagu nih memang dulu2 time kat indonesia feveret super kami rasanya tak sah kalau lagu nih tak kumandang dalam van tuh..sebab tu lah aku pun termelekat jugak boleh tahan not bad ,buat halwa telinga kan orang kata ..

*alamak macam guruh je, tanda macam kena stop dulu je menulis ni* :( pap! *ok blackout*

...............................................................................................................................................

sambung2 cepat2..aduh aku nih memang kalau cerita satu satu benda kan memang tak pernah yang sampai titik akhir..ampun yak :) sekarang dah masuk seminggu rasanya bibik tu kat rumah , yang syioknya jadual dia amat berhemah dan berdisiplin bukan senang dapat bibik kaya ginih ..

lepas bangun subuh , dia tak terus buat kerja rumah malah dia harus dan wajib melelapkan mata SEKETIKA ja ya..orang kata ambik mood tambah energy ..kikiki tak elok tidor lepas subuh rezeki tak masuk ..so lelap sekejap jeee~~

lepas bangun ha mula tunjuk rajin dia , kemas nuh kemas nih yang pastinya kediamanku kemas dan teratur :) *kalau mak aku baca nih harus kena perli sah2 nih ..why? haha nothing* dalam pukul 9 lebih bibik pun rasa nak tengok dunia luar jugak , nak jugak merantau england ,paris koreaa ha bibik ni sekarang fans korea not 100% lah tapi ranking first jugak lah..*eh sempat ka nak naik flight pastu dalam beberapa jam balik rumah kembali* ok shortkan cerita makcik2 google kan ade so bibik minta tolong driver google hantarkan and travel dari situ je lah bibik mampu..hahaha

tepat 11 pagi dia mula jejak langkah bersemangat bak2 chef2 terkemuka dunia untuk memulakan operasinya di kitchen lah ..tengahari harus perut rasa lapar ! setiap hari jadual masak bibik berbeza tapi simple but delicious yummy! Bibik tak pandai masak sodap2 tapi kata-kata motivate ni selalu jadi pegangan bibik..tak pandai takpa yang penting rajin yak! Kaya bibik *nak termuntah pulak aku taip nih*

sudah2 lah story pasal bibik kat rumah aku nih macam boring tahap maxsima dah ni..huhu yang penting pukul 3 bibik mesti tunggu depan tv layan temptation of wife *gile best* pilipina punya cerita ,heroin hot ok ! marian rivera gracia lagi tuh ..abih je cerita tuh bibik pun mula lelap..yang penting sebelum asar ya kalau selepas asar tak elok nanti bibik mewarisi kegilaan pulak, ya Allah minta simpang jauh2..kakaka~

ha ni lah cerita feveret bibik sekarang !

macam seget sikit entry kali ni ye ,ntah mood apa mai rasuk aku ntah haha yang penting bibik yang selalu aku puji selalu aku suka tuh , nih mai aku kasi tahu , rasanya yang sedang taip entry ni laah..hahaha *boring ...... *



Thursday, 8 May 2014

GA cuci lemari by mamamursyid.blogsport.com


assalamualaikum :)

 ni first giveaway izzah join ni..hehe hope bertuah la..hehe


  Siapa nama anak saya?

~ ahmad mursyid bin ahmad khushairy~

 Apa pekerjaan saya?

~ seorang guru ~


Wednesday, 7 May 2014

^^ SMKAY_forever^^


assalamualaikum :)

malam ni rasa nak feeling2 sikit , huhu ok ni kes akibat cik tweet punya angkara lah *dipersalahkan mudah2 ja* tak daklah tadi sebelum isyak lebih kurang 8.31 p.m lebih2 rasanya haha tiba-tiba terasa nak tekan si burung biru namanya pastinya diketahui umum haha tangan laju ja scroll down nak tenung2 post2 kengkawan , rasa dah berbulan2 tak bukak benda alah ni , ha ceghita sensasi saja *betoika? * sebab lama rasa tak update benda2 mengarut situ rindu kot, yes! my hobi is mengarut :) normal lah kan ?


bila buka benda ni ada saja nak buat benda tak berfaedahnya , haha sebab tu rasa malas nak bukak , ha kang dah bukak memang berjela2 lah kemengarutanku berleluasa memang payah dibendung ,sedangkan dalam phone pun kawasan larangan jelas terpancar, *bila bukak ja slide page tu memang kalau online setahun pun takpa* me is me , payah sangat nak hipokrit eh kekadang tu ada lah jugak hipokritnya hihu *memang like3* --'

~ yang biru atas ,tengah ,bawah semua ni cover buku untuk batch 2006-2010 edit by myfrends~

hahaha amiks nih ha zaman2 muka tak bersalah kanak2 rebina lagi ni time form 1 cikgu kelas puan rodziah..
tengok aduh dah melalut lari tajuk kalau buat karangan bahasa melayu ni sah2 markah low, tajuk mintak lain ,lain pulak dah jadinya , alhamdulillah lah dulu2 time buat karangan tak pernah lagi lah jadi camni , so score dalam SPM pun alhamdulillah memang rezeki , usaha lebih insyaAllah everything akan okey :) bahasa melayu memang high score tetapi englishnyew hehe *dari sekolah rendah lagi memang sir pun dah taktaw camna nak buat, sampai2 dia kata urat english kat kepalaku ni putus ==' * haha



hehehe ni time jamuan form 5 rasanya, ingatan pun dah malap2 dah :) kelas aku 5 amanah , time ni something harus aku ingat ehemm3 nobody knowss ! haha

hurmm :( pejam celik pejam celik dah lebih kurang 3 tahun dah keluar daripada zaman yang dinamakan SEKOLAH , betul apa yang selalu orang cakap zaman yang memang takdapat lupus *ceh* dari memori tu lah ,dulu bukan main membilang tahun , minggu , hari , jam , minit , saat bagai ,otak tak henti2 bilalah nak abih sekolah ni ? sekarang rasakan ..yak! haha *tampar pipi* zaman tu tinggai hitam putih ja..

morning ran ka pa ntah ni, jejalan hirup udara segar kat smkay ..sob2 :(

ni the boysss pic tersesat nasib ada jugak ..

bersyukur juga sebab dapat situ *lapang dada* sekolah yang banyak mengajar macam2 erti sampai ku mengerti segalanya haha yakah? insyaAllah segala yang baik ambik je, yang jahat tu ambik jugak sikit buat bekalan masuk alam U ..haha :) yang paling bermakna yes! sahabat disitu bermula segalanya~ *whuaaa rindu* satu perjalanan satu detik setiap kali bersama pasti ada kenangan tapi sampai satu tahap berpisah juga kita , untuk menuju haluan masing2 :( disitu bermulah episod baru.. *madah jugak ayat*

yes! time ni sebelum start tuition nih kat dewan makan 

prep time ok malam tu kami berhijau-hijauan *see baju* 

ukhuwah kita kekal selamanya , walaupun kita berbeza haluan , yang dinamakan sahabat tak pernah terputus hubungannya , malah diam bukan melupakan bukan memutuskan bahkan bukan meninggalkan tapi sentiasa berdoa dari jauh agar kita sentiasa bersama walau dimana kita sekarang ,persahabatan yang abadi yang sejati tidak akan dapat diputuskan melainkan dengan kematian :(

ni ermmm kalau tak salah lah da macam sesi cara jawab soalan kot *men teka ja nampak buku bagai* kat dewan..

selamat hari guru ! teachers day !

ketawa , sedih , suka , duka semua tu sangat bererti ,thanks sebab sudi menjadi seorang yang bernama sahabat , alhamdulillah semuanya dah berjaya ada dioversea ,malaysia, tak kira dimana kita setiap insan pasti ada rezekinya masing2 :) tinggi rendah level kita manusia semua sama saja ..yang penting diri sendiri , ada usaha lebih insyaAllah Allah pun tak segan2 nak beri kita kejayaan tuh :)
*kadang2 jeles jugak hehe tapi takpa yang penting aku sangat bangga dengan mereka2* mereka kawan sahabat teman dunia akhirat, manusia merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah adalah yang terbaik
*maaf berbelit2 pulakks* ==? 





dari form 1 sampai form 5 macam2 gelagat ada ^^ haha peminat korea memang high ranking lah batch 93 ni.. peminat indon pun ade gak *aku leteww* itu dulu ya buk2 sekalian makanya sekarang udah matang *yaka? serius?* bukan kaya anak2 kecil aja indon2 bagai nih..udah2 ha kan dah terkeluar 90% indon..abaikan! ha cerita jugak lah , ni bekas pengawas sekolah nih ..haip! lujnah disiplin bagai lagi nih haha *rasanya takdak sorang pun takot sebab memang lumrah takpandai nak marah2 orang* memang sampai sekarang lah disiplinku jelas terpancar *tak baik tipu sedangkan dulu pun............hehe ade jugak nye something2 nye buat yang tak harus dibuat* alamak!




sapa tahu ni kata-kata apa ya?? ha rindu perhimpunan ni lagu sekolah lah hehe ^^ eh tetiba teringat first time jadi mc perhimpunan memang cuak lemah lutut bagai lah, dah memang jenis over nervous ni huhu sampai sekarang masuk kolej pon stay camtu takadenye ubat dah ni .. sampai2 sir english pun kata memang takleh buat apa dah dia memang camni ..haha *sir english jugak* tadi alam sekolah rendah nih alam besar2 remaja gituh :)

huhu yang sedihnya , all ya! gambar2 time kat sekolah telah dimamah virus :( so gambar2 ni pun sempat diculik2 dari sumber2 yang berkaitan..haha ok ! silah kenang kenangkan~~ 

insyaALLAH one day jom la buat reunion gempak2 ramai2 wajib semua ada! huhu smkay tetap dihati walau lama telah berlalu zaman tuh :(

smkay_lambang.jpg

Berilmu, beramal, berjihad
Bertekad menempuh cabaran
Tegakkan ukhuwah
Menuju masa depan
Kecemerlangan idaman.
Seluruh warga SMKAY
Disiplin dipatuhi
Akhlak muslim sejati
Bersih ceria jadi
Amalan diri.
Guru-guru dihormati
Ibu bapa ditaati
Hidup sempurna dan harmoni
Berilmu, beramal, berjihad
Bertekad menempuh cabaran
Tegakkan ukhuwah
Menuju masa depan
Kecemerlangan idaman
Sekolahku
Khazanah ilmuku
Taman tarbiahku
Pencorak tamaddun ummahku
Sekolahku
Khazanah ilmuku
Taman tarbiahku
Pencorak tamadun ummahku
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan Kedah
Pastikan gemilang

ni time g melawat sekolah nak amik apa ntah ..









Monday, 5 May 2014

^^ maqam cinta ^^


assalamualaikum..

hehe tetiba terasa nak tekan2 keyboard plak..just nak share cerpen best yang penting terkesan kat hati ni..huhu sedih :( 

tetiba lepas baca cerpen ni , tertanya-tanya kat diri yang tak sempurna ni,
 'adakah aku camtu ?? ya Allah terasa jauh sekali ingin capai tahap camtu'..
besar sungguh jiwanya dan cita-citanya yang mulia sehinggakan : 

cinta kepada Allah sehingga merancang untuk beramal selepas mati..

cinta kepada islam sehingga merancang untuk terus menyumbang selepas kematian..

cinta kepada orang sekeliling sehingga mendidik agar semuanya mampu untuk terus bergerak selepas kematian dan banyak lagi ..

cerpen ni ditulis oleh penulis terkenal Hilal Asyraf , simfoni cinta ~ 
*dalam proses nak abihkan baca cerpen hebat*

Kalau benar cintamu kepada Tuhan lebih tinggi,
Maka di manakah pembuktiannya?
Sesungguhnya cinta bukan sekadar dengan kata dan angan-angan,
Tetapi dibuktikan dengan amal tindakan.

Al-Quran itu dipegang dengan kemas. Mata menumpukan perhatian. Hati seakan-akan sedang bersemayam di atas awan. Membaca dengan penuh penghayatan.
Dia perlukan ketenangan yang lebih. Allah sedang mengujinya.
Surah Toha itu dialun suaranya, gemersik memenuhi ruang biliknya. Surah kesenangan di kala gundah, surah kekuatan di kala susah.
“Ehem.”
Dan pembacaannya terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh.
Farid Mursyidi sedang menyandarkan bahu pada bingkai pintu, dengan wajah dihiasi senyuman nakal.
“Nak apa?” Dia bertanya perlahan, sambil memusingkan seluruh tubuhnya, tetapi masih kekal bersila. Dia tahu, pastinya Farid perasan wajah monyoknya itu. Perlahan-lahan Farid mendekatinya.
“Masih bermasalah dalam membuat pilihan wahai sahabatku Syakir Muntasir?” Bahunya ditepuk, dan Farid kini bersila di hadapanya. Lutut bertemu lutut.
“Aku masyghul la. Keputusan yang sukar.” Syakir menggaru kepala.
“Istikharahnya macam mana?”
“Apa, kau ingat semua istikharah keluar mimpi bagi jawapan? Kalau macam itu baik aku istikharah setiap malam periksa.” Syakir menjelirkan lidah. Farid seakan-akan tidak tahu bagaimana sistem istikharah yang sebenarnya berfungsi.
Farid tertawa senang. Bahu Syakir ditepuk beberapa kali. Mungkin memahami, sambil terkesan dengan canda tadi.
Istikharah bukanlah satu keajaiban untuk menggolekkan jawapan kepada kita. Istikharah hakikatnya perlu diiringi usaha membuat kalkulasi yang baik. Tanda istikharah bukan semestinya mimpi, tetapi hakikatnya adalah ketenangan hati yang kuat apabila membuat keputsan.
“Aku nampak jalan ke sebelah B lebih benar dan aku macam lebih tenang ke sana.” Syakir melepaskan keluhan. Nampak bahawa Jalan B bukan jalan pilihan asalnya.
“Kau rasa, kalau kau pilih jalan B, jalan A akan hilang?”
Dan kini matanya dan mata Farid bertaut. Sengih kelat muncul pada wajah Syakir. “Lebih kurang. Kau tahu aku cintakan Humaira’ bukan? Aku hanya perlu tunggu dua tahun sahaja lagi.”
“Tapi pada masa yang sama, kau perlu berkahwin sekarang. Kau adalah orang yang siap, sudah bersedia, dan kau memang perlu kahwin. Kalau tak, resah gelisah tak berhenti. Fokus terganggu. Namun, memilih Anum Sakeena ada downsidenya.”
“Ada ‘banyak’ downsidenya.” Syakir menambah.
Farid pula yang menghela nafas kali ini. Ya, keputusan yang sukar.
“Kadang-kadang Syakir, walaupun kita ini manusia yang ikuti jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia bukan?” Farid menolak tubuh, bersandar pada dinding. Melunjur kaki, sambil memandang siling.
Jiwa Syakir seakan tercucuk dengan kalam itu. Dia melihat sahaja sahabatnya itu.
“Maksud?”
“Yalah. Kalau aku, aku akan biarkan sahaja Anum. Aku akan sanggup tunggu Humaira’. Aku sanggup menderita dua tahun, dari ambil risiko duduk dengan Anum. Tambahan, dalam posisi kau, aku cintakan Humaira’. Tinggal…” Kata-kata Farid terhenti. Dia melirik kepada Syakir.
Mata Syakir dan Farid bertemu. Syakir hanya diam. Ingin Farid menyempurnakan bicara.
“Tinggal kita tahu, Anum memerlukan bantuan kita, pertama. Kedua, dalam posisi kau, kita memerlukan kehadiran Anum yang sanggup berkahwin dengan kita sekarang. Ketiga, hajat Anum bukan hajat yang kecil, dan belum ada yang sanggup membantunya, sedang kita telah terlanjur memikirkannya, tambah pula dalam posisi yang siap untuknya.”
“Kita? Kau ajalah yang pergi ambil Anum.”
Farid tertawa. “Kita di sini bermaksud kau lah. Aku mana mampu kahwin lagi. Kau dah mampu, tinggal kena tunggu sebab nak kejar cinta sahaja. Itulah yang aku kata, kita ini walaupun ikut jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia. Kita amat tahu relevannya hajat Anum, tetapi kita rasa sukar nak penuhi hajat dia, sebab hajat dia tak ada harganya di atas dunia. Hanya berharga di akhirat sana. Aku sebut kita, sebab kalau aku jadi engkau, aku sendiri jadi berat.”
Suasana bilik itu senyap sebentar. Seakan menunggu giliran, azan isya’ dari Masjid University of Yarmouk kedengaran. Azan mendayu-dayu, seakan waktu rehat dari perbincangan yang mengkusutkan itu.
Dunia dan akhirat. Orang-orang yang mengikuti jalan dakwah dan tarbiyah pun, adakalanya masih tergari dengan dunia. Sedangkan, secara sedarnya, dia tahu apa pilihan yang patut dia lakukan.
Azan tamat. Doa. Mata Farid dan Syakir kembali bertemu. Masih senyap.
Perlahan-lahan Farid berdiri, dan mendekati Syakir. Bahunya disentuh lembut.
“Mungkin ada waktu itu, kita kena belajar untuk campak segala-galanya, dan hanya percaya kepadaNya. Kena berani buat leap of faith.”
Kemudian Farid bergerak keluar dari bilik. Pastinya hendak menuju ke masjid.
Syakir keseorangan.
Campak segala-galanya, dan hanya percaya kepadaNya.

*******

Anum Sakeena. Seorang yang pada zahirnya kelihatan seperti bidadari. Dia lawa. Dia cerdas. Dia juga aktif dalam urusan dakwah dan tarbiyah. Lebih mencantikkan peribadinya, dia tiada kasta. Dengan rakan-rakan yang tidak berapa faham Islam pun, dia masih bergaul, mendekati, dan memesrai. Sebab itu pelajar-pelajar perubatan dan pergigian di Jordan amat mengasihinya. Pembetulan, semua pelajar di Jordan ini mengasihinya.
Namun Allah SWT menguji. Anum Sakeena dipercayai mempunyai Systemic Lupus Erythematosus atau SLE. Satu penyakit yang akan meragut nyawanya untuk satu jangka masa yang tidak lama lagi. Tetapi tiada siapa yang melihat Anum Sakeena bersedih hati atau kegelisahan. Dia seakan-akan manusia paling tabah yang berjalan di atas dunia ini. Dia tidak pula pulang ke Malaysia dan berhenti belajar seakan-akan dunia telah kiamat. Dia masih meneruskan kehidupan, studi dengan rajin, dan hidup dengan gembira.
Tetapi, ada satu perkara yang menggusarkan Anum Sakeena. Dan perkara itu tidak diceritakan kepada sesiapa, kecuali seorang manusia yang diyakininya dalam keadaan mampu, dan mungkin akan membantunya.
Itulah dia Syakir Muntasir. Pelajar Tahun 3 Fiqh Wa Usuluhu di University of Yarmouk. Satu angkatan dengan Anum Sakeena, tinggal Anum Sakeena mengambil pengkhususan Iqtisod Islami.
Syakir Muntasir sangat terkenal dengan manusia yang lebih tua dari usianya. Walaupun di luar Syakir kelihatan seperti manusia yang tidak peduli apa-apa, tetapi apabila keadaan memerlukan seorang Syakir Muntasir untuk serius, tiada sesiapa yang mampu menghentikannya. Fikirannya matang, fikrahnya jelas, disiplinnya tinggi, pandangannya jauh, dan dia seorang yang siap untuk memikul tanggungjawab yang besar, juga mampu menghadapi banyak dugaan kehidupan.
Dan Anum Sakeena amat pasti, Syakir Muntasir sedang mempersiapkan diri ke gerbang perkahwinan, memandangkan ura-ura bahawa lamaran lelaki itu ditolak, atau lebih tepat lagi, ditangguhkan untuk diterima, telah tersebar dalam komuniti di sini. Perempuan itu nampaknya tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab pada ketika ini. Dua tahun dimintanya tangguh. Berita sebegini tidak sukar didapati, kerana Syakir Muntasir sangat terkenal di sini. Sama ada dia mendiamkan segala cerita di dalam tubuhnya seorang, atau cerita itu akan bergerak meliputi seluruh Jordan dalam masa yang sekejap sahaja. Dan Syakir Muntasir juga manusia, pasti paling kurang dia akan berkongsi masalah hidupnya dengan teman-teman karib.
Mendengar berita itu, Anum Sakeena terasa seakan-akan Allah membukakan jalan untuknya. Walaupun dia tidak tahu, apakah perancangan Allah SWT yang sebenarnya, namun nyatanya dia telah membuat kalkulasi dan merasakan inilah yang terbaik. Maka dengan berani, setelah mendapat izin ibu ayahnya, dia mewakilkan seorang senior tahun 6 Perubatan untuk menyampaikan hajatnya kepada Syakir Muntasir.
“Anum Sakeena ingin dirinya dikahwini Syakir Muntasir, kerana adalah satu hajatnya yang besar sebelum meninggalkan dunia ini dia meninggalkan satu saham akhirat yang besar untuk dirinya, dan meninggalkan satu hadiah yang besar untuk Islam di atas dunia. Itulah dia seorang anak. Anum Sakeena ingin ada cebisan dirinya, yang tinggal di atas dunia ini untuk terus memberikannya pahala, dan berjuang untuk Islam buat dirinya.”
Dan saban hari, Anum Sakeena berdoa agar Allah SWT memakbulkan hajatnya, atau memberikannya sesuatu yang lebhi baik.
Itulah hajatnya.
Dan bukan sebarang orang akan menyahutnya.

******

Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia!
Syakir bangun dari pembaringannya malam itu. Saat dia yakin dan tenang dengan keputusannya. Saat dia membuat keputusan, untuk membuat satu anjakan paradigma, lompatan saujana yang akan mengubah lorong hidupnya.
Dia mencapai telefon bimbitnya. Ibu Humaira’ dihubungi.
“Ibu, Syakir rasa, Syakir nak buat keputusan ini.”
Dan hanya esak tangis sahaja kedengaran. Syakir tabah. Tidak tergugah.
Ummi Abahnya dihubungi. “Syakir nekad.”
Dan Ummi Abahnya tidak berkata apa-apa lagi. Menyokong, dan mendoakan.
Dia menggenggam erat tangannya. Keputusan yang berat. Tetapi hendak diluahkannya.
Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia!
Mendail nombor terakhir. Kak Rasyidah, pelajar perubatan tahun 6 yang menghubunginya tempoh hari mewakili seorang Anum Sakeena.
“Akak, saya setuju. Sampaikan kepada Anum.”
Dan, selepas itu, dia terduduk.
“Aku telah membuat lompatan itu Ya Allah. Dan sekarang, aku serahkan diriku sepenuhnya kepada Engkau. Sungguh, aku hanya hambaMu yang tidak mengetahui apa-apa. Membuat keputusan ini, sekadar ingin menghormati seorang mujahidah yang benar-benar mencintaiMu Ya Rabb. Nyatanya, aku sebelum ini tidak mencintaiMu sehebat CintaNya, yang walau mati pun masih ingin terus berjuang untukMu.”
Bukan senang melepaskan apa yang selama ini dikejar. Bukan senang memilih sesuatu yang diketahui tidak lama lagi akan hancur. Bukan senang hendak mengenepikan pilihan sendiri, perasaan hati, untuk memilih sesuatu yang benar dan hakiki, kerna biasanya walaupun pilihan diri itu salah, itulah yang disenangi. Dan hari ini dia melakukan, apa yang ramai manusia tidak mampu.
Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia.
Air mata mengalir deras di pipi Syakir Muntasir malam itu.

******

“Sebenarnya, berapa lama lagi masa untuk awak hidup?”
…..
*****************************************



sambungan boleh dibaca mukasurat 71-88 dalam cerpen islamik simfoni cinta..^^